
Tanah Perkuburan Islam Di Ampang Hampir Penuh, Altimet Cadang Kubur Bertingkat
Menurut ADUN Lembah Jaya itu, ketika ini cadangan itu sedang diteliti oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Islam mengajarkan umatnya untuk menghormati manusia sama ada yang masih hidup mahupun telah meninggal dunia. Justeru agama ini menuntut untuk mengebumikan mayat agar kehormatannya tetap terjaga.
Ia juga bagi memastikan agar mayat tidak dirosakkan dan bau tidak tersebar sehingga menarik perhatian binatang-binatang liar. Malahan, mengebumikan jenazah adalah salah satu fardu kifayah yang perlu ditunaikan dan tidak boleh ditinggalkan.
Bagaimanapun, kematian yang direkodkan pada setiap hari akan menyebabkan tanah perkuburan Islam di sesebuah kawasan semakin penuh sekali gus meninggalkan tanda tanya apakah solusinya.
Altimet cadang kubur bertingkat, atasi masalah tanah perkuburan makin penuh
Seperti di Ampang, Selangor, semua tanah perkuburan Islam di lima kawasan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) penuh kecuali di Ukay Perdana.
Susulan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman mencadangkan projek perintis kubur bertingkat bagi mengatasi masalah terbabit.
Menurut Syed Ahmad yang turut dikenali sebagai Altimet, ia adalah satu cadangan yang sedang cuba diselaraskan dengan kerajaan negeri dan MPAJ.
“Saya dimaklumkan ada penduduk yang mahu dikebumikan sedekat mungkin dengan rumah masing-masing.
“Sebagai contoh, penduduk yang tinggal di Taman Kosas dari awal namun tanah perkuburan di Taman Kosas sudah penuh.
“Jadi saya cadangkan projek perintis (kubur bertingkat) dilaksanakan di Ampang Jaya, mungkin di Tanah Perkuburan Taman Kosas,” katanya dipetik Berita Harian.
Menurutnya lagi, ketika ini cadangan itu sedang diteliti oleh Kerajaan Negeri Selangor dan majlis perbandaran itu.
Altimet kunjungi Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
Sebelum ini, menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya, Altimet mengunjungi Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat untuk perjumpaan berkala dengan agensi-agensi terlibat dalam hal berkaitan di Lembah Jaya.
Selain isu projek perintis kubur bertingkat, perkara lain yang turut dibincangkan adalah termasuk takwim kerjasama serta isu penambahbaikan surau dan masjid.
Baca Artikel Berkaitan: