
Ops Sky: Jalaluddin Hassan Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM, Ziana Zain Pula ‘No Komen’
Menurut Jalaluddin Hassan, dia juga sudah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pengasas syarikat perunding kewangan yang terlibat rasuah dan pengubahan wang haram itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak hujung minggu lalu, kecoh di media sosial tentang beberapa selebriti dan artis yang dilaporkan akan dipanggil untuk membantu siasatan berhubung sebuah syarikat perunding kewangan yang terbabit sindiket rasuah serta pengubahan wang haram.
Difahamkan, kesemua selebriti dan artis ini telah menjadi duta untuk mempromosikan syarikat berkenaan kepada orang ramai.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa individu-individu itu akan dipanggil dalam minggu ini.
Jalaluddin Hassan sedia beri kerjasama kepada SPRM
Terbaharu, pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan menyatakan dirinya bersedia memberi kerjasama kepada SPRM sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan membabitkan isu syarikat perunding kewangan berkenaan yang mengambilnya menjadi duta.
“Sudah tentu, tiada masalah (untuk beri kerjasama dengan pihak SPRM bagi membantu siasatan). Cuma, setakat ini belum ada sebarang panggilan lagi.
“Apapun, tugas saya hanya sebagai duta saja dengan syarikat perunding kewangan terbabit yang bertanggungjawab menjalankan tugas membuat promosi di media sosial, itu saja.
“Manakala, untuk perkara lain saya tidak terbabit. Malah, selama menjadi duta, saya ‘happy’ melakukannya kerana tidak pernah ada masalah. Tapi, saya terkejut dengan adanya isu ini,” katanya dipetik Harian Metro.
Pengasas syarikat sudah maklumkan kepada Jalaluddin
Menurutnya, dia juga sudah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pengasas syarikat perunding kewangan itu.
“Saya sudah diberitahu oleh pengasas syarikat perunding kewangan itu terhadap isu berlaku. Jadi, saya tiada masalah diminta membantu siasatan.
“Apatah lagi, saya diminta jangan bimbang mengenainya kerana saya hanya menjalankan tugas sebagai duta yang dilantik,” katanya memberitahu kontrak diikat selama setahun.
Jalaluddin nafi terima bayaran RM400,000
Pelakon berusia 71 tahun itu turut menafikan dakwaan kononnya beliau menerima bayaran sehingga RM400,000 sebagai duta seperti yang dilaporkan.
“Alangkah bertuahnya jika saya dapat wang sebanyak itu. Saya tidak mahu cerita, apapun menafikan perkara itu.
“Biarlah pihak berkuasa menyiasat. Saya lihat reaksi pihak mereka tenang sahaja. Saya harap semuanya dapat dijernihkan,” ujarnya.
Ziana Zain enggan beri komen
Sementara itu, memetik Kosmo pula, penyanyi popular Ziana Zain enggan memberi sebarang komen berhubung kesahihan dirinya dipanggil SPRM untuk siasatan berhubung perkara tersebut.
Siti Roziana Zain, 56, itu menjelaskan beliau faham mengenai tugas media untuk mendapatkan penjelasannya tentang isu yang hangat diperkatakan itu.
“Kak Gee tiada komen sayang. Tak mengapa saya faham. Tetapi saya hanya menyanyi sahaja sayang,” katanya sebelum berlalu pergi meninggalkan pihak media.
Difahamkan, pelantun suara lagu Madah Berhelah itu merupakan salah seorang daripada duta yang dilantik oleh syarikat berkenaan selain Jalaluddin.
Terdahulu, media melaporkan sebuah syarikat perunding kewangan yang terbabit sindiket rasuah dan pengubahan wang haram dikesan menggunakan artis dan selebriti sebagai ikon serta duta rasmi untuk mempromiskan syarikat.
Azam Baki berkata, daripada keterangan dan semakan kewangan yang diperolehi, mereka menerima bayaran antara RM150,000 hingga RM400,000 untuk tempoh satu hingga dua tahun sebagai duta syarikat.
SPRM berjaya menumpaskan sindiket itu dan menahan 12 individu di sekitar Lembah Klang pada 13 Januari lalu dalam serbuan Ops Sky.
Mereka yang ditahan termasuk dua pengarah syarikat perunding kewangan, masing-masing seorang pengarah yayasan, pengurus dan bekas pengurus jualan institusi perbankan