fbpx
Now Reading
PM Anwar Nafi Tarif Asas Elektrik Naik 14%

PM Anwar Nafi Tarif Asas Elektrik Naik 14%

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Anwar tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang boleh menjejaskan rakyat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sekitar hujung tahun lalu, media melaporkan wujudnya cadangan untuk melaksanakan jadual tarif elektrik yang baharu bagi penduduk di Semenanjung Malaysia mulai 1 Julai 2025 sehingga Disember 2027.

Di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4), tarif asas yang dikenakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ) berbanding Tempoh Kawal Selia 3 (RP3) antara 2022 dan 2024 yang menetapkan 39.95 sen/kWj.

Perkara itu sememangnya mendapat perhatian ramai orang yang tidak dapat membayangkan jumlah bil elektrik yang perlu dibayar mereka selepas ini.

Perdana Menteri nafi dakwaan tarif asas elektrik naik 14%

Terbaharu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan tarif asas elektrik di Semenanjung akan meningkat sebanyak 14% bermula Julai tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan itu bagaimanapun menjelaskan kenaikan tarif asas elektrik tetap akan berlaku dengan kadar bakal ditetapkan selepas semakan semula nanti.

Menurut Anwar, ketetapan itu perlu dibuat memandangkan kenaikan kadar tarif elektrik perlu berlaku, berpandukan kapasiti dan harga pada tempoh tertentu.

“Mengenai isu Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT), kadar pemindahan elektrik bukan 14%. Tidak.

“Seperti yang anda tahu, kajian semula setiap enam bulan adalah berdasarkan harga semasa. Justeru, saya tidak fikir ia akan menjadi sesuatu yang terlalu membebankan atau merugikan masyarakat.

“Kita bersedia untuk mendengar (pandangan pelbagai pihak mengenai cadangan kenaikan tarif elektrik).

“Namun, sudah pasti ia bukan seperti yang dikatakan. Ini sebabnya saya baru saja semak dengan Zafrul (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) sekiranya saya tersilap fakta,” katanya dipetik Harian Metro.

Anwar tak benarkan kenaikan tarif elektrik hingga jejaskan rakyat

Terdahulu, media melaporkan bahawa Anwar tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang boleh menjejaskan rakyat.

Jelas Ahli Parlimen Tambung itu, kenaikan tersebut sepatutnya dikhususkan kepada golongan maha kaya atau industri yang meraih keuntungan luar biasa sahaja tanpa perlu melibatkan rakyat.

“Kita tidak benarkan kenaikan elektrik yang menjejaskan orang ramai. Kenaikan seperti mana yang dahulu itu hanya membabitkan golongan atasan yang saya sebut maha kaya ataupun industri yang mencatat keuntungan,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: TNB Umum Bakal Naikkan Tarif Elektrik 14.2% Di Semenanjung Mulai 2025

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.