fbpx

Tular Lelaki Tampar Isteri Di Pusat Membeli-Belah, Rupanya Kerana Lambat Selepas Beli Nasi Ayam

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman lelaki itu sebelum ini gagal dikesan selema enam hari dipercayai kerana bersembunyi dalam kereta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Pada 26 Januari yang lalu, tular satu video di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki yang menampar seorang wanita yang juga isterinya sewaktu berada di pintu masuk sebuah pusat membeli-belah di Kota Warisan, Sepang, Selangor.

Tindakan lelaki itu bagaimanapun terakam dalam satu siaran langsung seorang pengguna TikTok. Perkara itu kemudiannya menjadi perhatian ramai apabila ramai yang mengecam tindakan lelaki berkenaan.

Susulan itu, pihak polis mengesan lelaki yang tular dalam video berkenaan selepas menerima laporan dari adik kepada wanita yang ditampar.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Polis Kesan Lelaki Tular Tampar Wanita Di Pusat Beli-Belah [Video]

Lelaki lempang isteri ketika di pusat membeli-belah dipercayai kerana behrang lambat

Terbaharu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman mendedahkan punca lelaki berusia 50 tahun itu menampar isterinya dipercayai kerana berang wanita berkenaan lambat tiba sebaik membeli makanan.

“Punca tampar (sebab) isteri lambat keluar ‘mall’ (pasar raya) selepas beli nasi ayam,” ujarnya, lapor Kosmo.

Dipercayai menyorok dalam kereta selama 6 hari sebelum ditahan

Jelas beliau lagi, lelaki itu tidak dapat dikesan selama enam hari sebaik laporan berhubungnya dibuat. Dia dipercayai bersembunyi di dalam kereta sepanjang tempoh berkenaan.

Suspek kemudiannya ditahan reman selama tiga hari bermula 2 Februari ini untuk membantu siasatan berhubung kes.

“Lelaki itu dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting, Selangor pada pagi pagi 2 Februari bagi tujuan permohonan reman.”

Lelaki itu dilaporkan telah ditahan pada 1 Februari di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan selepas gagal dikesan selama enam hari.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.