fbpx

Raih RM600 Sehari Dengan Mengemis, 18 Warga Asing Ditahan Imigresen Johor

Pengemis warga asing yang ditahan dalam operasi berkenaan dipercayai mempunyai kecacatan dan menggunakan perkara itu bagi meriah simpati orang ramai untuk memberikan wang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Tidak dinafikan bersedekah merupakan satu amalan mulia yang sering digalakkan oleh setiap agama terhadap penganutnya.

Namun ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab apabila menggunakan taktik meraih simpati orang ramai dengan mengemis di tempat awam sebagai cara mendapatkan wang ringgit.

Bukan hanya itu, ada juga segelintir darinya yang meraih duit yang banyak hasil daripada mengemis kepada orang ramai.

Warga asing ditahan, raih RM600 sehari hasil daripada mengemis

Terbaharu, perkara sama turut dilakukan oleh beberapa warga asing di Johor Bahru sehingga meraih pendapatan sekitar RM600 sehari hasil daripada mengemis.

Malah mereka hanya perlu duduk bersila sambil menghulurkan tangan bagi meraih simpati orang awam untuk memberikan wang kepadanya.

Perkara itu dikesan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor (JIMJ) ketika melakukan operasi penguatkuasaan untuk menggempur pengemis jalanan warga asing di dua lokasi pasar malam iaitu Kampung Melayu Majidee dan Taman Abad pada 3 Februari yang lalu.

18 warga asing dari 6 negara ditahan

Menurut Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus operasi yang dijayakan oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Penguatkuasa JIMJ telah berjaya menahan seramai 18 warga asing.

“Operasi bermula 7 petang itu dijalankan berikutan daripada maklumat awam dan risikan JIM Johor ke atas kegiatan mengemis melibatkan warga asing di sekitar Johor Bahru.

“Seramai 18 warga asing yang ditahan adalah terdiri daripada 4 lelaki warganegara China, 4 lelaki warganegara Thailand, 3 lelaki dan seorang wanita warganegara Kemboja, 2 perempuan dan 2 lelaki warganegara Syria, seorang lelaki warganegara Bangladesh dan seorang lelaki warganegara Pakistan.

“Mereka yang ditahan dalam lingkungan usia 40 tahun hingga 69 tahun,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikongsikan di FB.

Foto: FB JIMJ

Pengemis ditahan dipercayai mempunyai kecacatan dan menggunakannya untuk raih simpati

Mereka yang ditahan dipercayai ada yang mengalami kecacatan anggota serta kudung bagi meminta simpati daripada orang ramai yang berada di pasar malam berkenaan.

Semua warga asing yang ditahan dalam operasi tersebut disyaki membuat kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Mereka yang ditahan kemudiannya ditempatkan di Depot Imigeresen Setia Tropika bagi siasatan serta tindakan lanjut.

Pihak JIM Johor dalam masa sama meminta semua pelawat warga asing yang berada di negara ini untuk mengikuti undang-undang serta peraturan Imigresen.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.