
JPJ Sita Motosikal 23 Tahun Tak Renew Road Tax, Alasan Pemilik Tidak Guna Jalan Utama
Selain disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, pemilik motosikal tanpa LKM itu turut menerima saman P22.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sudah menjadi kebiasaan, setiap pemilik kenderaan bermotor di Malaysia perlu memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Road Tax pada setiap tahun.
Ia merupakan salah satu peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap pengguna jalan raya yang memiliki kenderaan di negara ini.
Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan.
Motosikal Tak Renew Roadtax 23 Tahun Disita
Gara-gara tidak memperbaharui LKM selama 23 tahun, sebuah motosikal disita oleh JPJ dalam operasi yang dilakukan semalam (5 Februari) di Silibin, Perak.
Motosikal itu merupakan antara salah satu daripada 15 buah motosikal yang turut disita dalam operasi tersebut.
Pemilik Enggan Renew Lesen Kerana Motosikal Tidak Digunakan Di Jalan Utama
Menurut Pengarah JPJ Perak Mohammad Yusoff Abustan, penunggang motosikal yang berusia 61 tahun itu ditahan di Jalan Silibin-Ipoh.
Dia yang juga merupakan pemilik sebuah bengkel memberi alasan motosikal tersebut jarang dibawa di jalan raya utama sebaliknya hanya sekadar untuk mengelilingi taman perumahan.
“Pemeriksaan rutin dan semakan dibuat mendapati LKM kenderaan itu tamat tempoh sejak 2002, justeru tindakan diambil terhadap pemilik kerana melanggar Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Kesalahan ini adalah serius kerana LKM bukan sahaja bukti kenderaan sudah didaftarkan, tetapi juga memastikan pemilik membayar cukai jalan yang diperlukan serta memenuhi syarat keselamatan kenderaan,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.
Memetik Sinar Harian, motosikal terbabit disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saman P22 turut dikeluarkan kepada pemilik motosikal berkenaan.
Gagal Renew LKM Boleh Sebabkan Individu Didenda
Jelas Mohammad Yusoff lagi, kesalahan tidak memperbaharui LKM boleh menyebabkan individu dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Dalam pada itu, Mohammad Yusoff turut menjelaskan sebanyak 1,450 kenderaan yang terdiri daripada 950 motosikal, 491 buah kereta dan lima buah bas telah diperiksa.
Daripada jumlah tersebut, 584 kenderaan telah dikenakan tindakan yang terdiri daripada 566 buah motosikal, 18 kereta.
Sebanyak 626 notis turut dikeluarkan termasuk notis sitaan terhadap 15 motosikal dan dua kereta.
Baca Artikel Berkaitan: Mat Rempit Rempuh Anggota JPJ Tiada Lesen, LKM Tamat Tempoh & Ada 8 Rekod Jenayah Serta Dadah
Baca Artikel Berkaitan: Beri Pinjam Atau Sewa Kenderaan Kepada Warga Asing, Pemilik Boleh Disenarai Hitam – JPJ