
Kenderaan Berat Dilarang Masuk Lebuh Raya Terpilih Pada Waktu Puncak Bermula 19 Februari Ini
Menurut LLM, pelaksanaan larangan itu berkuat kuasa setiap hari Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am) bermula 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 petang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Lebuh raya sering menjadi pilihan kebanyakan pengguna disebabkan laluannya yang selesa dan mudah sampai ke destinasi.
Oleh sebab itu tidak kiralah kereta, bas atau lori pasti akan menjadikan laluan ini sebagai pilihan walaupun terpaksa membayar harga tol yang dikenakan.
Dek kerana ramai yang memilih untuk menggunakan kemudahan tersebut, ia boleh menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya terutama ketika waktu puncak.
Kenderaan Berat Dilarang Masuk Ke Lebuh Raya Terpilih Pada Waktu Puncak
Terbaharu, Lembaga Lebuh Raya (LLM) telah memperluaskan pelaksanaan larangan kemasukan kenderaan berat pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih mulai 19 Februari ini.
Lebuh raya yang terlibat pula adalah seperti:
- Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus)
- Lebuh Raya Lembah Klang (NKVE)
- Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite)
- Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke)
Larangan Bertujuan Untuk Kelancaran Pergerakan Trafik
Jelas LLM, pelaksanaan larangan ini adalah bertujuan bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur.
Malah, ia telah diwartakan kerajaan pada 21 Oktober 2024 dan merupakan antara insiatif di bawah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR).
“Kenderaan berat yang terlibat dalam pelaksanaan larangan tersebut adalah kenderaan motor kelas dua iaitu kenderaan yang mempunyai dua gandar dan enam roda, kecuali bas.
“Antara lain yang dilarang adalah kenderaan motor kelas tiga iaitu kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih, kecuali bas,” katanya.
Tambah LLM lagi, pelaksanaan larangan itu berkuat kuasa setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 petang kecuali hari kelepasan am.
Kenderaan Berat Dilarang Masuk Mengikut Jajaran Terpilih
Pelaksaanaan itu pula melibatkan jajaran dan kilometer yang berbeza mengikut kebuh raya seperti berikut:
- Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus): Jajaran Sungai Buloh ke Bukit Lanjan bagi kedua-dua arah di kilometer (KM) KM456.0 sehingga KM459.3
- Lebuh Raya Lembah Klang (NKVE): Jajaran Shah Alam je Jalan Duta kedua-dua arah di KM9.0 sehingga KM31.0
- Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite): Jajaran Shah Alam ke Bandar Saujana Putra kedua-dua arah bermula KM1.03 sehingga KM16.2
- Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke): seluruh lebuh raya.
Ada Kenderaan Berat Yang Dikecualikan Dari Pelaksanaan
Namun, terdapat kenderaan berat yang dikecualikan dari pelaksanaan larangan tersebut iaitu kenderaan berat yang terlibat dengan kerja seperti:
- Pembersihan
- Pembuangan
- Penghantaran sisa domestik
- Perkhidmatan kecemasan dan penguatkuasaan
- Terlibat dengan penyelenggaraan lebuh raya.
Kenyataan Media Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia: Peluasan Terhadap Larangan Pergerakan Kenderaan Berat Pada…
Posted by Lembaga Lebuhraya Malaysia on Thursday 6 February 2025
Baca Artikel Berkaitan: Pemberian Tol Percuma Tidak Selesaikan Masalah Kesesakan Di Lebuh Raya – Ahmad Zahid
Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Dapat Jimat RM190 Juta Setahun Dengan Pemansuhan Tol Percuma Semasa Perayaan – Menteri Kerja Raya