
Polis Indonesia Sahkan Kehilangan Eyka Adalah Palsu, Hanya Konten Semata-mata
Menurut pihak polis Indonesia, kandungan yang dilakukan itu juga tidak mendapat kebenaran pihak polis meskipun sudah diberi kelulusan oleh pengurus wilayah setempat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Berita mengenai kehilangan seorang influencer yang dikenali sebagai Eyka di sebuah hutan di Bandung, Indonesia ketika melakukan aktiviti paranormal sejak Isnin lalu (3 Februari) telah mendapat perhatian ramai.
Bagaimanapun, penemuan gadis berusia 22 tahun itu pada malam kelmarin (5 Februari) telah menimbulkan keraguan orang ramai terhadap kesahihan berita kehilangan Eyka itu.
Malah, penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 37, turut meragui mengenai kehilangan gadis terbabit.
Baca Artikel Berkaitan: Influencer Malaysia Hilang Di Indonesia Sudah Ditemui, Netizen Pula Dakwa Hanya Konten [Video]
Polis Indonesia sahkan berita Eyka hilang adalah palsu, hanya konten semata-mata
Terbaharu, polis Indonesia telah mengesahkan bahawa berita kehilangan Eyka itu adalah palsu dan dibuat demi konten semata-mata.
Memetik laporan KumparanNews, jurucakap polis daerah Panyileukan, Kompol Kurnia berkata konten terbabit dibuat demi meraih tontonan dan lebih banyak pengikut.
“Keterangan diambil menjelaskan mereka membuat siaran langsung di Bukit Embah Garut RT 05, RW 09, Kelurahan Cisurupan, Kecamatan Cibiru, Kota Bandung menerusi TikTok pada Ahad.
“Tajuk cerita sensasi mereka adalah ‘pempengaruh Malaysia (Eyka) hilang selama 48 jam selepas membuat kandungan paranormal.”
Aktiviti paranormal dibuat tanpa kebenaran pihak polis
Menurutnya, kandungan yang dilakukan itu juga tidak mendapat kebenaran pihak polis meskipun sudah diberi kelulusan oleh pengurus wilayah setempat.
“Mereka tidak sedar bahawa undang-undang Indonesia mengenakan hukuman serius terhadap penyebar berita palsu,” ujarnya.
Kumpulan terbabit dikatakan sudah membuat permohonan maaf kepada polis dan mengeluarkan kenyataan bertulis serta video pengakuan bahawa mereka tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Influencer Hilang Di Indonesia, Amar Nazhan Kecewa Ada Yang Tuduh Hanya ‘Konten’