fbpx
Now Reading
JAKIM Nasihat Pendakwah Bebas Jangan Kenakan Bayaran Terlalu Tinggi, Perlu Ingat Status Diri Bukan Selebriti

JAKIM Nasihat Pendakwah Bebas Jangan Kenakan Bayaran Terlalu Tinggi, Perlu Ingat Status Diri Bukan Selebriti

JAKIM sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan majlis agama negeri untuk memantau dakwaan berhubung pendakwah bebas yang mengenakan caj tinggi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Menjadi seorang pendakwah atau Da’i merupakan antara pekerjaan yang mulia kerana memikul tanggungjawab dalam menyampaikan seruan dakwah kepada umat Islam.

Jika dahulu, kebanyakan pendakwah bebas tidak dikenali ramai kerana hanya berdakwah di masjid atau majlis agama sahaja.

Namun, perkembangan teknologi terutamanya sosial media menyebabkan rata-rata pendakwah bebas pada masa kini sudah mula mendapat perhatian dan dikenali ramai.

JAKIM nasihat pendakwah bebas jangan kenakan bayaran terlalu tinggi

Bagaimanapun, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan pendakwah bebas supaya tidak mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk berdakwah.

Malah, jabatan itu juga mengingatkan agar golongan terbabit tidak menyamakan status diri mereka dengan selebriti.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan pihak berkuasa dan majlis agama negeri untuk memantau dakwaan berhubung pendakwah yang mengenakan caj tinggi bagi servis mereka.

“Kita sedang memantau, kerana kita ada mendengar mengenai dakwaan sebegitu… Pendakwah ini dinasihatkan agar tidak menganggap diri mereka seperti selebriti yang mengaut keuntungan daripada suara mereka,” katanya dipetik Harian Metro.

Kenakan caj sederhana bagi menjaga kesucian dakwah

Malah beliau meminta pendakwah untuk mengenakan bayaran sederhana bagi menjaga kesucian dakwah dan menegakkan imej positif Islamiah.

Jelas Sirajuddin, perkara itu juga bagi mengelak daripada timbulnya persepsi negatif orang ramai terhadap mereka yang diamanahkan menyebarkan ajaran agama Islam.

Berkongsi lanjut, beliau berkata bagaimanapun jabatan itu masih belum melihat keperluan untuk memperkenalkan garis panduan khusus mengenai bayaran bagi pendakwah dan keadaan masih terkawal.

Baca Artikel Berkaitan: Pengkaji Etnomatematik Dakwa Sukan Olimpik Berasal Dari Upacara Penyembahan Berhala [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Masjid & Surau Perlu Pastikan Penceramah Jemputan Ada Tauliah Mengajar Islam- JAWI

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.