fbpx
Now Reading
“Ia Tidak Berfungsi” – Trump Tak Suka Penyedut Kertas, Desak AS Guna Semula Straw Plastik

“Ia Tidak Berfungsi” – Trump Tak Suka Penyedut Kertas, Desak AS Guna Semula Straw Plastik

Trump mengarahkan agensi kerajaan supaya menghentikan pembelian penyedut kertas dan merangka strategi untuk menghapuskannya di seluruh Amerika Syarikat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Umum mengetahui bahawa penggunaan plastik secara meluas bukanlah sesuatu yang baik untuk alam sekitar.

Ini kerana plastik mengambil masa yang sangat sangat lama untuk dilupuskan sepenuhnya, bahkan menjadi ancaman terhadap haiwan terutamanya yang berada di lautan.

Susulan itu, serata dunia termasuk Malaysia sedang giat berusaha untuk mengurangkan penggunaan plastik dengan menggantikannya dengan bahan yang lebih mesra alam. Sebagai contoh, penyedut minuman plastik digantikan dengan ‘straw’ kertas.

Amerika Syarikat ingin kembali guna penyedut kertas atas arahan Trump

Pun begitu, Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden barunya, Donald Trump pula dilihat ingin beralih semula dengan menggunakan penyedut minuman plastik.

Menurut laporan BBC, Trump telah menandatangani satu perintah eksekutif yang membatalkan usaha kerajaan untuk menggunakan penyedut kertas sepenuhnya.

Perintah itu yang berkuat kuasa serta-merta membatalkan langkah yang ditandatangani oleh bekas Presiden AS, Joe Biden sebelum ini.

Langkah terbabit dilakukan Biden sebelum ini kerana menyifatkan pencemaran plastik termasuk penyedut minuman berasaskan bahan itu sebagai satu ‘krisis’.

Trump sifatkan penyedut kertas tak berfungsi, mudah lerai

Menurut Trump, penyedut kertas tidak berfungsi dan disifatkannya sebagai sesuatu yang ‘menjijikkan’ apabila ia hancur atau lerai di dalam mulut pengguna.

Trump mengarahkan agensi kerajaan supaya menghentikan pembelian penyedut kertas dan merangka strategi untuk menghapuskannya di seluruh negara.

“Kita kembali kepada penyedut plastik. Penyedut kertas tak berfungsi, saya dah guna banyak kali, dan kadang-kadang ia pecah, meletup.

“Kalau benda panas, ia tak tahan lama, hanya beberapa minit, kadang-kadang beberapa saat saja. Ini situasi yang tak masuk akal,” kata Trump kepada wartawan di White House pada Isnin lalu (10 Februari).

Trump jual penyedut plastik jenama sendiri

Kritikan Trump terhadap penyedut kertas bukanlah sesuatu yang baru, semasa kempen pilihan raya AS 2020 lalu yang menyaksikannya kalah, beliau telah menjual penyedut plastik dengan jenama sendiri.

Beliau menjual penyedut jenama ‘Trump’ itu pada harga AS$15 untuk satu pek berisi 10 batang dan dalam beberapa minggu sahaja, jualan produk terbabit dilaporkan menjana hampir AS$500,000 untuk kempennya semasa pilihan raya.

Plastik penyumbang terhadap pencemaran laut dan jejaskan kesihatan manusia

Sementara itu, menurut statistik Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebanyak 450 juta tan plastik dihasilkan setiap tahun telah menyumbang kepada pencemaran di lautan serta mikroplastik yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa penyedut kertas mengandungi sejumlah besar bahan kimia ‘selama-lamanya’ seperti polyfluoroalkyl substances (PFAS).

PFAS boleh kekal di dalam persekitaran selama beberapa dekad, mencemarkan bekalan air dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Baca Artikel Berkaitan: 435 Rakyat Malaysia Dalam Senarai Untuk Dihalau Dari AS

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.