fbpx
Now Reading
Isu Lebuhraya KBKK: Jangan Salah Faham, Itu Projek Kerajaan Persekutuan – Timb MB Kelantan

Isu Lebuhraya KBKK: Jangan Salah Faham, Itu Projek Kerajaan Persekutuan – Timb MB Kelantan

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan itu, semua perkara membabitkan bidang kuasa kerajaan negeri sudah selesai dan tidak ada isu lain yang boleh melambatkan proses pembinaan lebuh raya terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Lebuh raya yang ada di Malaysia sememangnya telah memudahkan rakyat yang ingin bergerak ke sesuatu destinasi atau pulang ke kampung halaman.

Namun, masih ada beberapa kawasan di dalam negara ini yang tidak mempunyai lebuh raya atau projek mewujudkannya terbengkalai.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial mengenai Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kendalian Kerajaan Persekutuan di Kelantan yang tertangguh sehingga terbengkalai di mana projek tersebut kini siap sehingga di Ketereh sahaja.

Kerajaan Kelantan harap projek Lebuh Raya KBKK dapat disiapkan secepat mungkin

Terbaharu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan menjelaskan kerajaan negeri berharap supaya projek terbabit dapat disiapkan secepat mungkin bagi kemudahan rakyat Kelantan terutamanya ketika musim perayaan.

Menurutnya, Kementerian Kewangan kini sedang membuka tender baharu untuk menyambung semula pembinaan lebuh raya itu selepas kontraktor sebelum ini sudah ditamatkan kerana gagal menyiapkan projek berkenaan.

“Kita memohon kepada kepada Kementerian Kewangan supaya mempercepatkan pembinaan lebuh raya ini demi keselesaan rakyat Kelantan…rakyat Kelantan sebahagian daripada Malaysia begitu juga negeri Kelantan.

“Jika lebuh raya di Pahang boleh disiapkan dengan cepat, mengapa di Kelantan berlaku masalah,” katanya dipetik Berita Harian semalam (12 Februari).

Tiada isu terkait kerajaan Kelantan yang boleh lambatkan proses pembinaan lebuh raya

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan itu, semua perkara membabitkan bidang kuasa kerajaan Kelantan sudah selesai dan tidak ada isu lain yang boleh melambatkan proses pembinaan lebuh raya terbabit.

“Kelantan antara negeri yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh negara menyebabkan keadaan trafik sesak dan difahamkan Kota Bharu adalah bandar kedua paling sesak di Malaysia selepas Georgetown.

“Jadi saya minta perhatian daripada Kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan pembinaan lebuh raya ini bukan sahaja untuk kemudahan rakyat Kelantan, tetapi juga untuk pelancong luar yang ingin datang ke negeri ini,” katanya.

Ramai salahkan kerajaan Kelantan – Timbalan MB Kelantan

Memetik Sinar Harian pula, Mohamed Fadzil berkata ramai yang menyalahkan kerajaan Kelantan kerana salah faham mengenai pembinaan lebuh raya tersebut.

“Saya nak jelaskan itu merupakan projek kerajaan Persekutuan kerana ramai yang tidak faham selain menyalahkan kerajaan negeri,” ujarnya.

Perkara itu dijelaskannya selepas ada segelintir pihak salah faham dengan menyalahkan kerajaan negeri Kelantan atas kegagalan menyiapkan projek lebuh raya tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.