
Kelantan Kenakan Denda Maksimum RM2,000 Jika Ada Yang Buang Sampah Di Luar Tong
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, pihaknya akan mengesan individu terlibat (buang sampah di luar tong) menerusi rakaman CCTV.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kebersihan merupakan antara perkara paling penting dan perlu diamalkan oleh setiap individu dalam menjalani kehidupan seharian.
Ia penting bagi mengelakkan seseorang itu daripada dijangkiti penyakit merbahaya serta persekitaran menjadi kotor.
Namun, ada segelintir individu dilihat langsung tidak kisah dan mengambil mudah tentang kebersihan.
Contohnya seperti sikap tidak bertanggungjawab individu yang gemar membuang sampah di luar tong berbanding meletakkannya di tempat yang betul.
Baca Artikel Berkaitan:“B*d*h Takda Sivik” – Wanita Kesal, Cermin Kereta Pecah Angkara Individu Buang Sampah Dari Atas Rumah Flat [Video]
Kesan Individu Buang Sampah Di Luar Tong Melalui CCTV
Terbaharu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kerajaan Negeri Kelantan bakal mengenakan denda sehingga RM2,000 buat mereka yang membuang sampah di luar tong.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah, pihaknya akan mengesan individu terlibat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Ia termasuklah mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan oleh individu terbabit.
“Kita akan menjejaki mereka sehingga ke rumah untuk menyerahkan notis saman kerana kesalahan membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya iaitu di luar tong,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.
Tingkatkan Pemasangan CCTV Di Beberapa Jajahan
Jelas Hilmi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, kesemua PBT sedang meningkatkan pemasangan CCTV di seluruh jajahan negeri tersebut.
Sehingga kini, beberapa orang telah dikesan membuang sampah di luar tong di Machang dan Bachok.
“Semua individu terbabit sudah dikenakan tindakan mengikut Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah dengan denda sehingga RM2,000.
“Kes itu termasuklah pembuangan sampah di luar tong, membawa sampah atas but kereta atau membuang sampah industri/pukal ke dalam tong awam,” jelasnya lagi.
Namun, Hilmi mengambil maklum ada ketikanya individu terpaksa meletakkan sampah di luar memandangkan tong telah penuh.
Jelasnya lagi, dia mengharapkan peraturan sebegini dapat mengubah sikap masyarakat memandangkan perbuatan membuang sampah merata-rata adalah satu perkara yang tidak boleh diterima apatah lagi tempoh mendidik telah diberikan terlalu lama.
Baca Artikel Berkaitan: Sikap Individu Selamba Buang Sampah Keluar Tingkap Kereta Toyota Vios Raih Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pemilik Kedai Tendang Warga Asing Gara-Gara Buang Sampah Merata [Video]