fbpx
Now Reading
Peniaga Wanita COD Makanan Dibunuh, Suspek Sudah Dikenal Pasti – Polis

Peniaga Wanita COD Makanan Dibunuh, Suspek Sudah Dikenal Pasti – Polis

Difahamkan, suspek merupakan seorang yang tiada sebarang pertalian dengan mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sudah menjadi satu tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk keluar bekerja mencari rezeki untuk keluarga.

Namun siapa sangka ia bertukar tragis apabila seorang peniaga wanita berumur 37 tahun yang juga ibu kepada seorang anak mati dibunuh ketika keluar menghantar pesanan makanan.

Memetik Harian Metro, mayat wanita tersebut ditemukan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan pada 13 Mac. Siasatan lanjut pihak berkuasa mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh wanita itu.

Laporan penemuan mayat wanita tersebut turut tular di media sosial sehingga mencuri perhatian ramai.

Polis Lapor Suspek Kes Pembunuhan Sudah Dikenalpasti

Terbaharu, polis mengesahkan sudah mengenalpasti identiti suspek. Memetik laporan Sinar Harian, polis kini giat melakukan operasi mengesan suspek iaitu seorang lelaki berumur 37 tahun yang juga menetap di sekitar daerah itu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, mengesahkan suspek mempunyai rekod jenayah lampau. Semakan bagaimanpun mendapati suspek tidak ada hubungan dengan mangsa.

“Suspek didapati pernah membuat pesanan makanan dengan mangsa dan bertemu di lokasi kejadian. Siasatan turut mendapati barang kemas wanita itu hilang selain terdapat kesan kecederaan di badan mangsa.”

Siasatan akan diteruskan dengan lebih terperinci untuk mengetahui sebab sebenar kejadian.

Mangsa Ke Tempat Kejadian Untuk COD

Terdahulu, polis menerima laporan tentang kejadian berkenaan pada jam 12:45 tengah hari. Bertindak atas maklumat, sepasukan polis bersama-sama pakar patolagi forensik hadir ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.

Menurut saksi, mangsa datang ke kawasan tempat kejadian untuk menjalanakan urus niaga secara hantaran (COD) kira-kira jam 7:30 malam semalam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.