fbpx
Now Reading
Ladang Ganja Terbakar Di Thailand, Satu Kampung Khayal & ‘Ketawa Tidak Henti’

Ladang Ganja Terbakar Di Thailand, Satu Kampung Khayal & ‘Ketawa Tidak Henti’

Memetik Matichon Online, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas di sebuah bangunan komersial empat tingkat di mana ganja terbabit ditanam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ganja atau kanabis merupakan sejenis dadah berasaskan tumbuhan semula jadi yang boleh menyebabkan individu menjadi khayal.

Maka tidak hairanlah sekiranya banyak negara termasuk Malaysia yang mengharamkan tumbuhan ini daripada digunakan secara meluas oleh orang awam.

Kesan khayal daripada ganja yang dibakar seperti rokok bukan hanya dirasai oleh pengambilnya sahaja, malah individu lain yang terhidu asap tersebut juga boleh mendapat kesan yang sama.

Ladang ganja terbakar, satu kampung khayal

Seperti baru-baru ini, sebuah ladang ganja di Pattaya, Thailand dilaporkan terbakar menyebabkan penduduk di sekitar kawasan itu ‘lalok’ akibat menghidup asap kebakaran.

Menurut Awani yang memetik Matichon Online, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas di sebuah bangunan komersial empat tingkat di mana ganja terbabit ditanam.

Susulan kebakaran itu, perkhidmatan kecemasan termasuk polis tempatan, pegawai bantuan bencana serta penyelamat sukarela telah dikerah ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan.

Difahamkan, anggota bomba yang bertindak pantas juga telah berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan lain.

Penduduk tempatan dan pelancong ‘ketawa tidak henti’ tanpa sebab

Bagaimanapun, kesan daripada asap kebakaran itu menyebabkan penduduk tempatan serta pelancong yang terhidu didapati ‘ketawa tidak henti’ tanpa sebab.

Selain itu, segelintir daripada mereka juga mengalami pening dan mata merah dipercayai akibat terdedah terlalu lama dengan asap ganja berkenaan.

Keadaan bagaimanapun didapati pulih beberapa jam selepas itu.

Pemilik ladang ganja ada permit sah, anggaran kerugian cecah lebih RM26,000

Pemilik ladang tersebut, Kanchana, 40, menjelaskan bahawa perniagaannya telah mendapat permit secara sah untuk menanam pokok ganja.

Dia mengesyaki kebakaran bermula daripada litar pintas elektrik yang melibatkan panel lampu untuk loji penyiraman pokok sehingga mengakibatkan api merebak pantas.

Jelas Kanchana, anggaran kerugian yang dialaminya akibat kebakaran itu mencecah 200,000 baht (kira-kira RM26,320).

Thailand sebelum ini membenarkan penggunaan ganja, namun dalam masa dua tahun pelbagai isu timbul menyebabkan kerajaan mereka kembali mengambil langkah untuk mengawal bahan berkenaan.

Akhirnya pada Julai 2024, kerajaan negara Gajah Putih itu bercadang untuk mengklasifikasikan semula ganja sebagai dadah berbahaya bermula 2025.

Inisiatif itu dapat dilihat apabila kerajaan mengusulkan RUU baharu untuk mengawal selia industri ganja bagi tujuan kesihatan dan perubatan.

Namun setakat ini, belum ada pengumuman rasmi mengenai pengharaman semula ganja di negara tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Untuk Keperluan Diri Sendiri’ – Thailand Kini Benarkan Rakyat Tanam Ganja Di Rumah

Baca Artikel Berkaitan: Dakwa Boleh Tingkatkan Kualiti, Penternak Di Thailand Bagi Ayam Makan Ganja

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.