
Tanda Di Dahi: MP Jelutong Akui Rasa Terhina Dengan Kenyataan Mufti Perlis [Video]
Dr Maza bagaimanapun menyifatkan RSN Rayer gagal memahami maksud sebenar kenyataan yang dibuatnya sebelum ini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai respon yang diberikan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Jeluton, RSN Rayer.
Rayer sebelum ini dalam sidang media di parlimen mempertikai mengenai penjemputan pendakwah kontroversi, Zakir Naik pada program Konvensyen Sunnah Antarabangsa Perlis (PISC) 2025 yang telah berlangsung pada 24 hingga 27 Januari lalu.
Susulan itu, Maza menerusi satu video yang dimuat naik di laman YouTube rasminya berkata Rayer tidak sepatutnya mempersoalkan siapa yang dijemput untuk ke majlisnya sama seperti dia tidak pernah mempersoalkan ahli parlimen DAP itu apa yang dicalit di dahinya dan mengapa dia melakukannya.
Mufti Perlis itu merujuk kepada “vibhuti”, yang biasanya disapu oleh penganut Hindu di dahi mereka.
Rayer akui rasa terhina dengan kenyataan Dr Maza
Terbaharu, Rayer mengakui berasa terhina dengan kenyataan Dr Maza yang menyentuh mengenai abu suci yang disapu di dahinya sebagai penganut agama Hindu.
Menurutnya, dia tidak tahu mengapa Dr Maza mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadapnya.
Kata Rayer, dia hanya membangkitkan mengenai isu kebenaran untuk Zakir Naik berceramah di Perlis dan tidak sama sekali menghina Mufti Perlis mahupun pendakwah itu.
“Saya secara peribadi sebagai penganut agama Hindu yang letak abu suci merasakan satu penghinaan, banyak sangat respon saya terima (daripada penganut Hindu).
“Saya tanya dia (Mohd Asri) kenapa dia keluarkan kenyataan begitu. Saya tak hina sesiapa, saya tak hina Dr Maza, saya tak hina Zakir.
“Saya hanya tanya apakah Zakir Naik sudah boleh bagi ucapan, sebab itu tanggungjawab saya sebagai ahli parlimen untuk bertanya bila saya tahu ada larangan (Zakir berucap),” katanya dalam sidang media di parlimen, semalam (17 Februari) dipetik MalaysiaKini.
Rayer persoal adakah Dr Maza sedia memohon maaf
Dalam masa sama, Rayer juga mempersoalkan apakah Dr Maza sedia memohon maaf setelah mengeluarkan kenyataan menghina itu seperti mana langkah diambil seorang penjual jagung di Kota Warisan, Selangor.
Baca Artikel Berkaitan: Penjual Jagung Tampal Notis Berbaur Perkauman Sudah Minta Maaf – Menteri Perpaduan Negara
“Soalan saya kepada Maza kenapa dia berkata begitu, adakah Maza sedia memohon maaf. Saya cukup menghormati Maza. (Tapi) Saya tak tahu kenapa Maza respon begitu, amat dukacita, hampa,” katanya.
Dalam pada itu Rayer menegaskan dia memahami serta menghormati kedudukan Islam dan Raja-raja Melayu yang menjadi payung kepada negara.
@malaysia_kini Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mengakui berasa terhina dengan kenyataan Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin menyentuh tentang abu suci yang disapu didahinya sebagai penganut agama Hindu. Rayer berkata, dia tidak tahu mengapa Mohd Asri ataupun lebih dikenali sebagai Dr Maza mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadapnya. Tegasnya, dalam sidang medianya sebelum ini hanya membangkitkan tentang isu kebenaran untuk pendakwah bebas Zakir Naik berucap, tidak sama sekali menghina Mufti Perlis mahupun Zakir. Pada 6 Feb lalu, Mohd Asri Abidin menyatakan kesediaannya untuk “bertempur” dengan seorang anggota parlimen DAP. Sumber video: https://youtu.be/2QiKlm8Q_0E #malaysiakini #malaysianpolitics #fyp #Jelutong #RSNRayer #terhina #kenyataan #MuftiPerlis #DrMAZA #abusuci #disapu #didahi #penganutagamaHindu #sidangmedia #isukebenaran #pendakwahbebas #ZakirNaik #berucap #tidaksama #menghina
♬ original sound – Malaysiakini – Malaysiakini
Rayer tak faham bahasa – Dr Maza
Mufti Perlis itu bagaimanapun menyifatkan Rayer tidak memahami maksud sebenar yang dibuatnya sebelum ini.
Malah beliau merasakan Rayer yang sepatunya memohon maaf atas banyak kenyataan melibatkan umat Islam sebelum ini.
“Saya hairan bagaimana dalam negara ini yang Bahasa Melayu adalah bahasa utama, masih ada Ahli Parlimen yang tidak memahami bahasa dengan baik.
“Di mana bahagian kenyataan saya yang menghina agama beliau? Tujuan kenyataan itu adalah untuk menegaskan bahawa semua pihak tidak seharusnya campur tangan dalam urusan agama lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Zakir Naik diburu pihak berkuasa dan dilarang berceramah di Malaysia
Rayer sebelum ini mempertikaikan kemunculan semula Zakir kerana pendakwah itu kini diburu pihak berkuasa dan dilarang berceramah di Malaysia.
Pada Ogos 201, polis mengeluarkan arahan kepada semua kontinjen negeri bagi melarang Zakir daripada menyampaikan ceramah awam di seluruh negara ini.
Larangan itu dikuatkuasakan selepas Zakir dilaporkan membuat kenyataan kontroversi mengenai orang Hindu dan Cina di Malaysia dalam ceramahnya di Kota Bharu, Kelantan pada 3 Ogos 2019.
Terdahulu, tujuh negeri melarang ceramah Zakir, iaitu Melaka, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak.