fbpx
Now Reading
Didakwa Salahkan Fahmi Fadzil Isu Lelaki Pakai Seperti Wanita, Presiden PTVM Minta Sharnaaz Ahmad Mohon Maaf

Didakwa Salahkan Fahmi Fadzil Isu Lelaki Pakai Seperti Wanita, Presiden PTVM Minta Sharnaaz Ahmad Mohon Maaf

Jelas Presiden PTVM, Datuk Jurey Latiff Rosli acara berprestij yang menampilkan lelaki berpakaian seperti wanita itu di bawah bidang kuasa badan penyiaran swasta dan tiada kaitan dengan Kementerian Komunikasi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sebelum ini, tular beberapa video di media sosial memaparkan tindakan segelintir lelaki dikatakan berpakaian seperti wanita sewaktu menghadiri acara berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL39) di stesen televisyen swasta.

Tindakan individu berkenaan membuatkan ramai kurang senang dan merasakan ia adalah satu perkara yang tidak wajar.

Malah ia mendapat kritikan daripada pendakwah dan selebriti antaranya Sharnaaz Ahmad yang merasakan ia satu perkara tidak wajar untuk dipaparkan di televisyen.

Sharnaaz Ahmad dalam satu video menegur Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk mengambil tindakan dan jangan membiarkan lagi isu seperti itu berlaku lagi di media televisyen lain.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Lelaki Berpakaian Seperti Wanita, TV3 Mohon Maaf Akui Kesal

Kecewa dengan pandangan diberikan Sharnaaz, presiden PTVM minta pelakon mohon maaf

Susulan daripada video yang ditujukan oleh Sharnaaz kepada menteri berkenaan, Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Datuk Jurey Latiff Rosli memaklumkan dia memandang serius teguran pelakon tersebut.

Malah dia turut menzahirkan rasa kecewa dengan pandangan yang diberikan oleh pelakon itu dan berpendapat Sharnaaz tidak sepatutnya menyalahkan Fahmi.

Oleh itu, Jurey meminta Sharnaaz untuk menarik semula kenyataan yang dimuat naik dalam video terbabit dan memohon maaf kepada menteri berkenaan.

“Dia (Sharnaaz) telah menunding jari secara tidak berasas terhadap Fahmi Fadzil, dan menggunakan bahasa yang tidak beradab dalam kenyataan tersebut.

“Sehubungan dengan itu pihak PTVM mendesak Sharnaaz untuk segera menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada Fahmi atas keceluparan dan tuduhan yang tidak berasas berkenaan,” katanya, dipetik mStar.

Sifatkan Sharnaaz tak sepatutnya keluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan

Jelasnya, sebagai seseorang yang mempunyai figura yang dikenali ramai pelakon itu perlulah bersikap lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan di media sosial.

Selain itu, Jurey juga berpendapat pelakon itu tidak seharusnya membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan sehingga menyebabkan perpecahan terhadap masyarakat.

“Sharnaaz harus menunjukkan teladan yang baik dengan bersikap lebih bertanggungjawab dalam kenyataan yang dikeluarkan.

“Dia juga seharusnya lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan awam agar boleh menyampaikan teguran secara lebih berhemah dan berfakta tanpa menyinggung mana-mana pihak.

“Pengaruh dan kedudukan Sharnaaz sebagai figura awam seharusnya digunakan untuk menyebarkan mesej yang membina dan bukan menimbulkan kekeliruan serta perpecahan di kalangan masyarakat.”

AJL39 bukan dibawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi

PTVM dalam pada itu, turut menegaskan penganjuran acara berprestij AJL39 dibawah bidang kuasa badan penyiaran swasta serta tiada sebarang kaitan dengan Kementerian Komunikasi.

Maka tindakan menyalahkan Fahmi mengenai isu yang berlaku adalah satu perkara tidak relevan dan menunjukkan kurangnya pemahaman berhubung struktur industri penyiaran negara.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.