
Polis Siasat Dakwaan Anggota Serbu Kediaman Tak Ikut SOP, Siap Peras Ugut
Semakan PDRM mendapati rakaman tersebut memaparkan serbuan oleh empat anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (18 Februari), tular di media sosial dakwaan empat anggota polis melakukan serbuan di sebuah kediaman tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan melakukan pemerasan.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan di akaun X @MALAYSIAVIRALLL, kelihatan anggota terbabit cuba memecahkan pagar besi selepas penghuni rumah berkenaan enggan membuka pintu selain merosakkan CCTV.
Perkara itu menjadi tular selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ‘En Abdul’ yang mengambil sumber daripada Edisi Siasat mengenai aduan tersebut.
sebab tu orang awam susah dah nak percaya polis. Cuba buat macam ni kat markas rumah kedai pendatang tanpa izin tu. Entah entah sebab ambik duit tu yang banyak kedai warga asing yang x kena serbu. Sial polis macam ni, elok satu keturunan kena penyakit takde ubat. pic.twitter.com/SDxwIUt7rj
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) February 18, 2025
Polis siasat dakwaan anggota buat serbuan tak ikut SOP dan peras ugut
Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan terbabit.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, siasatan dijalankan susulan rakaman video dan kenyataan berhubung kejadian dimuat naik oleh akaun Facebook ‘En Abdul’ pada jam 1 tengah hari semalam.
Menurutnya, semakan mendapati rakaman tersebut memaparkan serbuan oleh empat anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
“Pihak polis mengesahkan serbuan dilakukan oleh BSJN IPD Petaling Jaya di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 10 Oktober 2024 ketika Op Tapis di kawasan Damansara.
“Siasatan dibuka bagi menyiasat dakwaan yang ditularkan dan tindakan tegas akan diambil sekiranya wujud salah laku dalam kejadian ini,” katanya.

Pengadu dakwa anggota polis gagal tunjuk waran dan minta duit RM12,000
Terdahulu, menerusi hantaran yang tular, pengadu mendakwa keempat-empat anggota berkenaan gagal menunjukkan waran ketika serbuan dilakukan.
Malah, pengadu juga mendakwa diperas ugut oleh anggota polis terbabit untuk membayar RM12,000.
Bukan itu sahaja, individu tersebut turut mendakwa anggota polis turut kad memori yang terdapat di dalam CCTV yang berada di dalam rumah.