fbpx

Tular Ukiran Mao Zedong Di Taman Memorial, Polis Jalankan Siasatan

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ketika ini tiga saksi sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video pendedahan yang dilakukan oleh seorang wanita berhubung ukiran wajah bekas Pengerusi Parti Komunis China, Mao Zedong di sebuah taman memorial di Semenyih.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Pertubuhan Tuidang Malaysia, wanita terbabit turut menterjemah tulisan yang tertera di sebelah wajah Mao Zedong yang didakwanya petikan puisi berkenaan ideologi komunisme.

Jelas wanita itu lagi, rakan-rakannya telah membuat laporan polis pada Ahad lalu (16 Februari) berhubung perkara terbabit.

Polis mula siasatan ukiran wajah Mao Zedong selepas terima laporan

Terbaharu, polis mengesahkan telah memulakan siasatan berhubung kewujudan ukiran wajah Mao Zedong dan petikan puisi berkenaan di taman memorial terbabit.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kertas siasatan dibuka selepas menerima laporan berkenaan.

“Pihak polis mengesahkan menerima laporan pada 4.16 petang kelmarin, daripada seorang pengadu iaitu wanita tempatan berusia 40 tahun yang menyatakan terdapat batu ukiran wajah Mao Zedong beserta tulisan puisi ideologi komunisme.

“Siasatan sedang dijalankan ke atas aduan itu secara menyeluruh termasuk satu video tular berdurasi dua minit 12 saat yang membahaskan isu berkenaan di TikTok,” katanya dipetik Harian Metro.

3 saksi sudah dirakam keterangan untuk bantu siasatan

Menurutnya, ketika ini tiga saksi sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Berkongsi lanjut, Naazron berkata sebarang maklumat berkaitan boleh berhubung dengan balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-5156933.

Wanita dakwa rakyat China dipaksa hafal puisi komunis itu

Terdahulu, wanita terbabit juga mendakwa puisi berkenaan dipaksa untuk dihafal oleh rakyat China, tetapi selepas dikaji, tarikh dan tempat dalam puisi itu tidak tepat.

“Ini menunjukkan ciri utama Parti Komunis China iaitu palsu, kejam dan suka mencetuskan konflik.

“Bukan itu saja, puisi ini juga menyerang tuhan, maharaja dan pemimpin lama, seolah-olah hanya Mao yang ‘hebat’, ini taktik biasa komunis,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.