fbpx
Now Reading
Nak Kerja & Menetap Di Malaysia, Warga Asing Sanggup Beli MyKad Palsu Cecah RM5,000

Nak Kerja & Menetap Di Malaysia, Warga Asing Sanggup Beli MyKad Palsu Cecah RM5,000

Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, JPN giat melaksanakan kempen kesedaran kepentingan menjaga dan melindungi dokumen pengenalan diri kepada rakyat Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Tidak dinafikan, Malaysia merupakan antara negara yang menjadi tumpuan warga asing terutamanya dari Indonesia, Bangladesh dan Nepal untuk bekerja.

Selain daripada tawaran pekerjaan, kemudahan-kemudahan lain yang disediakan di negara ini juga menyebabkan golongan warga asing ini selesa menetap di sini.

Pun begitu, ada pula yang ingin menetap terus di negara ini sehingga sanggup mendapatkan Kad Pengenalan (IC) palsu.

Tawar IC palsu, jual sehingga RM5,000

Seperti baru-baru ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi hasil risikan mereka mendapati terdapat penawaran MyKad palsu yang dijual dengan harga sekitar RM4,000 hingga RM5,000.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, kebanyakan permintaan ini datangnya daripada warga asing yang ingin mendapatkan pekerjaan dan menetap di Malaysia.

“JPN telah melaksanakan pemantauan berterusan bagi mengesan sebarang aktiviti mencurigakan termasuk penjualan kad pengenalan palsu atau perkhidmatan pemalsuan identiti secara atas talian.

“Pemantauan ini melibatkan semua platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Telegram dan TikTok bagi memastikan sebarang aktiviti haram dapat dikesan dan ditangani dengan segera.

“Berdasarkan hasil risikan tersebut, JPN giat menjalankan pemantauan dan melaksanakan kerjasama dengan pihak penguatkuasa yang lain seperti PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC),” katanya dipetik Kosmo.

JPN giat laksana kempen kepentingan jaga dan lindung dokumen pengenalan diri

Menurutnya, JPN juga giat melaksanakan kempen kesedaran mengenai kepentingan menjaga dan melindungi dokumen pengenalan diri seperti Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan kepada rakyat Malaysia.

Jelasnya lagi, orang awam turut dimaklumkan mengenai kesan dan akibat sekiranya membeli serta memiliki dokumen palsu.

Tegas Shamsul, sebarang dokumen pengenalan diri hanya boleh diperolehi melalui JPN sahaja dan bukannya pihak ketiga.

“Sukacita diingatkan bahawa orang ramai boleh dikenakan hukuman di bawah Perkara 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 bagi kesalahan memiliki Kad Pengenalan Palsu atau Kad Pengenalan selain daripada kepunyaannya dengan denda maksima RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

“Orang ramai juga boleh membuat aduan kepada saluran rasmi JPN atau di 210 cawangan JPN diseluruh negara bagi melaporkan aktiviti penawaran Kad Pengenalan secara tidak sah ini,” katanya.

Sebelum ini, Shamsul mengumumkan MyKad bakal diganti dengan versi baharu yang dilengkapi dengan ciri keselamatan tertinggi.

Menurutnya, penggantian itu dalam fasa terakhir dan sedang dimuktamadkan JPN.

Ianya bertujuan agar Kad Pengenalan baharu ini memiliki ciri keselamatan tinggi dan selamat, sejajar dengan kemajuan teknologi keselamatan.

Baca Artikel Berkaitan: ‘MyKad’ Bakal Berwajah Baharu, Turut Dilengkapi Dengan Ciri Keselamatan Terkini

Baca Artikel Berkaitan: Isu MyKad: Tiada Kebocoran Data Atau Transaksi Mencurigakan Seperti Didakwa – JPN

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.