fbpx
Now Reading
TikTok Sekat 18 Akaun Media Di Malaysia, Muat Naik Hantaran Kes Cabul Di Masjid

TikTok Sekat 18 Akaun Media Di Malaysia, Muat Naik Hantaran Kes Cabul Di Masjid

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan oleh @abangcrime, antara media yang terjejas dengan sekatan tersebut adalah Buletin TV3, Al Hijrah, Sinar Harian dan Majoriti Official.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Penggunaan media sosial terutamanya TikTok, Facebook, Instagram dan X sudah menjadi suatu norma dalam kalangan masyarakat global.

Malah, pihak media turut menggunakan kemudahan itu memandangkan ia dapat membantu dalam pemindahan maklumat yang pantas.

Namun kadangkala, mungkin ada yang tersilap langkah dan secara tidak sengaja melanggar garis panduan ditetapkan oleh setiap platform sehingga menyebabkan akaun mereka disekat.

Baca Artikel Berkaitan: “Terdedah Konten Seksual” – Pakar Anggap Telefon Bukan Satu Keperluan Untuk Pelajar Sekolah

Baca Artikel Berkaitan: “Awasi Tontonan Anak-Anak” – Animasi Upin & Ipin Tiruan Ada Kandungan Tidak Senonoh Jadi Perhatian

Beberapa Akaun TikTok Media Utama Malaysia Disekat Secara Kekal

Semalam (23 Februari), seorang pencipta kandungan di TikTok yang dikenali sebagai Faizal (@abangcrime) berkongsi bahawa beberapa akaun media utama Malaysia di platform tersebut telah disekat secara kekal.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, antara media yang terjejas dengan sekatan tersebut adalah Buletin TV3, Al Hijrah, Sinar Harian dan Majoriti Official.

Tambah Faizal, setiap akaun terbabit mempunyai pengikut lebih satu juta sehingga mencecah tiga juta.

“Bayangkanlah kesusahan yang dia orang bina daripada tiada pengikut sampai ke hari ini,” katanya.

Sekatan Didakwa Akibat Langgar Peraturan Berkenaan CSAM Di TikTok

Dalam pada itu, Faizal berkata perbincangan sesama rakan media mengaitkan sekatan tersebut dengan insiden kanak-kanak dicabul di dalam masjid Jumaat (21 Februari) lalu.

“Dalam perbincangan kita orang ni, ada desas-desus yang mengatakan puncanya adalah kes yang berlaku dalam masjid tempoh hari. Aku taknak sebut kat sini. Silap-silap aku pula kena ban,” ujarnya.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Didakwa Cuba ‘Rogol’ Budak Perempuan Tengah Solat Dalam Masjid

Dia kemudiannya berkongsikan tangkap layar berkenaan pelanggaran peraturan di platform TikTok yang mungkin telah dilakukan oleh akaun-akaun berkenaan iaitu memaparkan, mempromosikan atau terlibat dalam penganiayaan atau eksploitasi seksual atau fizikal remaja, termasuk:

  • Bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM), termasuk apa-apa tangkapan skrin atau klip daripada bahan asal walaupun tidak menunjukkan kebogelan atau aktiviti seksual.
  • Hubungan romantik antara orang dewasa dengan orang muda, termasuk pedofilia, atau mereka yang mengenalpastikan diri sebagai dewasa tertarik kepada orang muda.
  • Tingkah laku pengantunan.
  • Pemerasan seksual.
  • Gangguan seksual.
  • Pengumpanan seksual termasuk mengajak orang muda untuk terlibat dalam kelakuan seksual, di luar platform, atau berkongsi imej eksplisit seksual (walaupun diajak oleh orang muda yang lain).

Antara lain peraturan yang mungkin dilanggar adalah memapar atau mempromosikan penganiayaan fizikal, pengabaian, sesuatu yang membahayakan atau penganiayaan psikologi ke atas remaja.

Namun Faizal berkata, insiden itu semestinya menjadi satu pengajaran dan diharapkan agar semua pihak berhati-hati dalam memuat naik kandungan di platform dalam talian.

Tonton video [DI SINI].

Terbaharu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang berhubung dengan TikTok berkenaan isu tersebut.

Menurutnya, sebanyak 18 akaun milik organisasi media telah disekat oleh TikTok kerana memuat naik hantaran berhubung kes cabul di Batang Kali.

“Masalahnya adalah kecerdasan buatan (AI) TikTok itu sendiri, di sini sedikit amaran, AI kadangkala dia boleh jauh tersasar, dia tak faham bahawa organisasi media pelaporannya berbeza daripada kandungan yang dihasilkan oleh orang biasa.

“Jadi saya telah minta supaya satu perbincangan diadakan dalam tempoh terdekat untuk memperhalusi fungsi akaun-akaun TikTok yang dimiliki oleh media supaya tak dikenakan tindakan sedemikian rupa di masa depan,” katanya dipetik Bernama.

TikTok Sediakan Garis Panduan Komuniti Yang Harus Diikuti

Selain daripada peraturan yang ditetapkan oleh TikTok membabitkan golongan remaja dan kanak-kanak, para pengguna juga diingatkan agar mengikut Garis Panduan Komuniti yang disediakan.

TikTok turut melarang kandungan yang memaparkan penderaan seksual dan fizikal orang dewasa iaitu menunjukkan, mempromosikan, atau melibatkan diri dalam:

  • Perbuatan seksual tanpa persetujuan, penderaan seksual berasaskan imej, atau penderaan fizikal (keganasan rumah tangga).
  • Gangguan seksual.
  • Pemerasan seksual.

Larangan sedemikian juga termasuk bagi penjualan menerusi platform TikTok Shop yang menghalang kandungan seksual, kandungan sensasi atau mengejutkan, kandungan yang menampilkan/ditujukan kepada bawah umur dan sebagainya.

Rujuk panduan kandungan TikTok Shop [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Uyaina Kongsi Pengalaman Individu Kena Gangguan Seksual, Seawal 4 & 5 Tahun

Baca Artikel Berkaitan: “Ibu Bapa Perlu Tahu Batas Sentuhan Dengan Anak-Anak Semasa Bergurau” – Jurulatih Parenting

Baca Artikel Berkaitan: Jiran, Guru & Ahli Keluarga Boleh Didakwa Jika Gagal Lapor Kes Jenayah Seksual Kanak-Kanak

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.