fbpx
Now Reading
Kes Pukul OKU Di Pasar Tani: 5 Lelaki Mengaku Bersalah, Didenda RM2,000

Kes Pukul OKU Di Pasar Tani: 5 Lelaki Mengaku Bersalah, Didenda RM2,000

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, daripada enam individu yang disyaki terlibat, hanya lima yang mengaku bersalah manakala seorang lagi minta untuk dibicarakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Masihkah anda ingat kes seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental yang dipukul dan diperlakukan tidak berperikemanusiaan di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu sekitar Januari lalu?

Menerusi hantaran tular di media sosial, mangsa Ahmad Nor Al Faizan Jusoh atau dikenali sebagai Paijang diheret, disepak, dipukul dan dicurahkan mee goreng di atas kepala oleh beberapa individu.

Video tersebut nyata mendapat perhatian termasuklah ahli politik yang bersimpati dengan OKU berkenaan hingga ada yang menawarkan khidmat guaman bagi menuntut keadilan.

Baca Artikel Berkaitan: “Ada Individu Telefon Ajak Berdamai” – Isteri Lelaki OKU Dipukul Tak Akan Tarik Balik Kes

Baca Artikel Berkaitan: Perbuatan Mereka Sangat Melampau & Tidak Berperikemanusiaan – Isteri Lelaki OKU Dipukul

Lima Individu Mengaku Bersalah, Seorang Lagi Minta Dibicarakan

Terbaharu, enam lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pukul lelaki OKU di tapak pasar tani itu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman, Terengganu pada 24 Februari (Isnin) lalu.

Difahamkan, seorang bapa termasuk dua anak lelakinya merupakan antara enam individu yang didakwa di mahkamah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli, keenam-enam tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Namun, hanya lima orang mengaku bersalah manakala seorang lagi lelaki minta untuk dibicarakan.

Kelima-lima individu yang mengaku bersalah kemudiannya dijatuhi hukuman denda sebanyak RM2,000 seorang.

Memetik Sinar Harian, lima lelaki berkenaan telahpun membayar denda tersebut.

Mohon Orang Ramai Tidak Buat Spekulasi Tentang Kejadian

Pada masa yang sama, Mohd Razi memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan.

“Jadi kita menasihati orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan spekulasi tidak benar. Pihak polis akan sentiasa memastikan siasatan dijalankan secara telus dan adil,” katanya lagi.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kes pukul OKU itu telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara pada 5 Februari lalu.

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin, pihaknya mencadangkan agar dua pertuduhan dikenakan kepada enam suspek yang disyaki terlibat dalam insiden tersebut.

Jelasnya, kenam-enam individu yang disyaki terlibat itu dicadangkan untuk dituduh mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (KK) kerana merusuh dan Seksyen 323 KK kerana mendatangkan kecederaan.

Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada keputusan daripada Pejabat Peguam Negara.

Baca Artikel Berkaitan: “Dia lah Punca Saya Terbabas” – Lelaki OKU Dipukul Akhirnya Buka Mulut, Dedah Motosikal Ditendang Individu

Baca Artikel Berkaitan: Mangsa OKU Dipukul Di Pasar Tani & Keluarga Dapat Tajaan Pakej Umrah Dari Andalusia

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.