
Perhimpunan Di Menara Kinabalu: PDRM Akur Keputusan AGC Tak Teruskan Pertuduhan
Sebelum ini, PDRM membuka dua kertas sisatan berkaitan perhimpunan yang diadakan di hadapan persimpangan keluar jalan PPNS 1 di pusat pentadbiran negeri Sabah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada 31 Disember tahun lalu, tular mengenai perhimpunan yang diadakan di Sabah mengenai isu pelantikan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di mana ada pihak yang menyokong serta menentangnya.
Perhimpunan melibatkan kira-kira 200 peserta anjuran Suara Mahasiswa itu kemudiannya disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 atas kegagalan menghantar notis pemberitahuan yang lengkap kepada pihak polis.
Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) pada semalam (25 Februari) memutuskan untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap individu yang terlibat dalam perhimpunan terbabit.

PDRM akur dan terima baik keputusan AGC
Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan mereka menerima keputusan AGC untuk tidak meneruskan pertuduhan berkenaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dua kertas siasatan kes itu sebelum ini telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Sabah pada 10 Februari lalu.
“Hari ini, AGC memutuskan untuk tidak meneruskan pertuduhan ke atas kedua-dua penganjur perhimpunan terbabit.
“PDRM akur dan menerima baik keputusan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Berita Harian.
PDRM jalankan siasatan secara adil dan saksama
Sebelum ini, PDRM membuka dua kertas sisatan berkaitan perhimpunan yang diadakan di hadapan persimpangan keluar jalan PPNS 1 di pusat pentadbiran negeri Sabah.
Razarudin berkata, polis menjalankan siasatan secara adil dan saksama berlandaskan Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.
“Ia memperuntukkan sama ada memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Peguam Negara.
“Kerajaan juga sudah memutuskan meminda dan menambah baik Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) selaras dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: Polis Sabah Sahkan Fahmi Reza Ditahan, Bantu Siasatan Bawah Akta Hasutan
Baca Artikel Berkaitan: Fahmi Reza Disoal Siasat Polis Berhubung Satira Musa Aman, Dakwa Laporan Dibuat MCMC