
Polis Akan Jalankan Siasatan Terhadap Ibu Bapa Hud Aryan, Bimbang Ada Unsur Kecuaian
Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat, polis akan merakam keterangan keluarga Hud Aryan termasuk kedua ibu bapanya hari ini (27 Februari).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada 25 Februari, negara digemparkan dengan kes kehilangan membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan di Kampung Aira Kuala Tiga, Tanah Merah, Kelantan.
Kanak-kanak dikenali sebagai Hud Aryan Mohd Nor Hafifi itu dilaporkan hilang sekitar jam 7.20 malam ketika ibunya berada di dapur sewaktu ingin menyuapnya makan. Susulan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian dijalankan oleh pihak berkuasa dan penduduk.
Pencarian Hud Aryan kemudiannya berakhir apabila mayatnya ditemukan tersangkut pada pokok di muara sungai di Kampung Kerila pada 4.20 petang semalam (26 Februari).
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Anggap Kehilangan Hud Aryan Begitu Misteri, Penduduk Kampung Sanggup Ambil Cuti Sertai Misi Pencarian [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Bayi 19 Bulan, Hud Aryan Yang Hilang Ditemukan Meninggal Dunia
Polis akan lakukan siasatan lanjut, bimbang ada unsur kecuaian
Terbaharu, polis Kelantan memaklumkan pihaknya bakal melakukan sisatan lanjut mengenai kematian kanak-kanak itu kerana dibimbangi ada unsur kecuaian.
Jelas Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat, beliau telah mengarahkan Ketua Polis Daerah Tanah Merah iaitu Superintendan Mohd Haki Hasbullah untuk melakukan siasatan..
“Hasil bedah siasat yang dijalankan semalam mendapati tiada sebarang kesan kecederaan atau kesan jenayah, namun saya arahkan Ketua Polis Daerah untuk menjalankan siasatan lanjut.
“Ini berdasarkan tular di TikTok yang mengatakan tidak logik untuk kanak-kanak berusia 19 tahun itu boleh sampai ke sungai dalam beberapa minit sahaja.
“Justeru, polis akan merakam keterangan keluarga termasuk kedua ibu bapa mangsa hari ini (27 Februari). Ini kerana kita bimbang ada unsur kecuaian,” jelasnya, lapor Berita Harian.
Walau bagaimanapun, menurut Mohd Yusoff sehingga kini pihaknya tidak membuka serang kertas siasatan serta mengklasifikasikan kes terbabit sebagai mati mengejut.