fbpx
Now Reading
Hasrat Bawa Pulang ‘Pampers’ Anak Tak Kesampaian, Bapa Maut Kemalangan

Hasrat Bawa Pulang ‘Pampers’ Anak Tak Kesampaian, Bapa Maut Kemalangan

Mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Kamarul Azizi Mustofa, 36, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala serta beberapa anggota badan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hasrat seorang bapa untuk membawa pulang lampin pakai buang untuk bayinya tidak kesampaian selepas dia terlibat dalam satu kemalangan maut pada malam tadi (27 Februari).

Kemalangan tersebut berlaku pada pukul 11.50 malam di Kilometer 90, Jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Bauk, Dungun, Terengganu.

Singgah beli lampin pakai buang selepas selesai kerja sambilan hantar makanan

Dalam insiden terbabit, mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Kamarul Azizi Mustofa, 36, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala serta beberapa anggota badan.

Sewaktu kejadian, Mohamad Kamarul yang merupakan juruelektrik di sebuah syarikat kawalan keselamatan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Baru Kuala Abang.

Dia yang baru selesai melakukan kerja sambilan sebagai penghantar makanan di Paka dikatakan sempat singgah membeli lampin pakai buang (pampers) bayinya.

Motosikal hilang kawalan, rempuh lori

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha LC dinaiki mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori.

“Lori itu dikatakan sedang melakukan kerja-kerja menyelenggara jalan. Impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya

“Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa (Mohamad Kamarul Azizi) telah meninggal dunia,” katanya dipetik Kosmo.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Baca Artikel Berkaitan: Kasih Ibu Hingga Akhir Hayat, Wanita Maut Nahas Ketika Dalam Perjalanan Bawa Anak Ke Hospital

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.