fbpx
Now Reading
Ibu Pemandu Lori Dilanggar Mazda Buat Laporan Polis, Pasangan Warga Emas Ditahan

Ibu Pemandu Lori Dilanggar Mazda Buat Laporan Polis, Pasangan Warga Emas Ditahan

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron ibu kepada pemandu lori memaklumkan anaknya alami kecederaan sehingga tak boleh bergerak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sebelum ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki yang juga pemandu lori telah dilanggar oleh sebuah kereta SUV jenama Mazda di Bandar Terknologi Kajang, Selangor pada 28 Februari lalu.

Menerusi video dashcam yang tular, awalnya kelihatan lori tersebut seperti cuba untuk menghalang laluan kereta berkenaan.

Lelaki yang memandu lori berkenaan dilihat keluar dari kenderaan untuk bertemu dengan pemandu Mazda berkenaan sebelum dilanggar sehingga tercampak ke pembahagi jalan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Mazda Rempuh Pemandu Lori Selepas Laluan Dihalang Cetus Perdebatan [Video]

Polis tahan pasangan warga emas yang disyaki langgar pemandu lori

Terbaharu, pihak polis telah menahan sepasang suami isteri yang disyaki melanggar lari pemandu lori berkenaan.

Pasangan yang juga warga emas berusia 73 tahun dan 65 tahun berkenaan telah ditahan pada 11.15 malam, 2 Mac.

Mangsa alami kecederaan sehingga tak boleh bergerak

Jelas Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof polis menerima maklumat berhubung insiden terbabit dari seorang wanita berusia 63 tahun yang juga ibu kepada mangsa pada 4.54 petang, semalam (2 Mac).

“Berdasarkan laporan, pengadu mendakwa anak lelaki berusia 42 tahun dilanggar sebuah kenderaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan tidak boleh bergerak.

“Pengadu kemudian terus ke lokasi kejadian di kawasan berhampiran Bandar Teknologi Kajang dan membawa anak lelakinya ke hospital bagi rawatan lanjut,” jelasnya, lapor Buletin TV3.

Menerusi laporan diterima, sepasukan polis kemudiannya melakukan siasatan dan mendapati ada rakaman dashcam kenderaan awam yang merakam insiden terbabit.

Warga emas ditahan untuk siasatan lanjut

Rakaman terbabit menunjukkan sebuah kenderaan dengan sengaja melanggar mangsa yang turut dari lori dipandunya sehingga diseret ke tengah pembahagi jalan sebelum kereta itu beredar.

“Polis kemudian mengesan dan menahan suami isteri warga tempatan untuk membantu siasatan dan mengenal pasti punca sebenar kejadian.”

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang memiliki maklumat berhubung insiden terbabit boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Hizwan Hamzah di talian 019 636 9835 atau mana-mana balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.