
SPRM Arah Ismail Sabri Isytihar Harta
Dalam pada itu, pihak SPRM juga memaklumkan akan memanggil 10 lagi saksi dalam masa terdekat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai berita penahanan empat bekas pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Penahanan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu adalah untuk siasatan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan perkara tersebut berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16a Akta SPRM
Ismail Sabri mungkin akan dipanggil semula untuk isytihar harta
Terbaharu, SPRM mengarahkan Ismail Sabri untuk membuat pengisytiharan harta susulan siasatan berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
SPRM berkata, arahan pengisytiharan harta itu adalah mengikut Seksyen 36(1) AKta SPRM 2009 pada 11 Disember 2024.
Jelas suruhanjaya itu, Ismail Sabri sebelum ini sudah melakukan pengisytiharan harta secara rasmi pada 10 Februari lalu.
“Untuk makluman, Ismail Sabri sudah hadir ke pejabat SPRM untuk memberikan keterangan pada 19 Februari lalu.
“Namun, PRM tidak menolak kemungkinan bahawa beliau akan dipanggil semula bagi membantu siasatan selanjutnya,” katanya dipetik Berita Harian.
10 lagi saksi akan dipanggil SPRM
Dalam pada itu, pihak SPRM juga memaklumkan akan memanggil 10 lagi saksi dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Azam Baki mengesahkan lapan individu akan dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung siasatan berkenaan.
Wang tunai RM170 juta dan jongkong emas 16Kg disita SPRM
Terdahulu, SPRM menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa dan merampas 16 kilogram jongkong emas tulen dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.
Menurut SPRM, wang tunai yang dirampas itu melibatkan nilai dalam mata wang Baht, Riyal, Pound Sterling (GBP), Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan.
Ia adalah hasil pemeriksaan di kediaman serta tiga premis lain yang dipercayai sebagai ‘safehouse’, berikutan penahanan empat individu berkenaan pada minggu lalu.
Baca Artikel Berkaitan: 4 Pegawai Bekas PM-9 Ditahan SPRM, Ahmad Zahid Yakin Siasatan Dijalankan Dengan Adil