
Dakwaan Persenda Agama Lain: Astro Audio Mohon Maaf, Rehatkan Nabil Ahmad, Azad Jazmin & Radin
Susulan itu Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turut meminta MCMC untuk memanggil pihak Astro dan pengurusan stesen radio berkenaan untuk memberikan penjelasan penuh berhubung insiden terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, tular satu video di sosial media memaparkan gelagat penyampai radio Era FM yang didakwa melakukan aksi seperti mempersendakan agama Hindu.
Dalam video itu juga, mereka didakwa telah menyebut perkataan yang disifatkan suci dalam agama Hindu.
Video berkenaan secara tidak langsung telah mendapat respon kurang menyenangkan khususnya daripada penganut agama berkenaan yang menyifatkan ia satu tindakan yang tidak wajar.
Ekoran daripada video tersebut, ramai yang mendesak penyampai serta stesen radio berkenaan untuk membuat permohonan maaf.

Era FM tampil mohon maaf isu video tular didakwa persenda agama Hindu
Terbaharu, sedar dengan kontroversi yang berlaku tiga orang penyampai radio iaitu Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan Radin tampil memohon maaf kepada semua pihak berhubung video tersebut.
“Saya Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan Radin ingin memohon maaf kepada semua pihak, berkaitan video kami yang dimuat naik di laman sosial Era FM baru-baru ini.
“Berhubung aksi kami yang kurang menyenangkan dan telah pun menyinggung hati segelintir pihak dan juga sahabat-sahabat kami yang berbangsa India (beragama Hindu),” ujar Nabil.
Akui kesilapan yang dilakukan & terima segala teguran untuk perbaiki diri
Ketiga-tiga penyampai radio berkenaan turut mengakui kesilapan yang dilakukan serta akan memastikan perkara sama tidak akan berlaku lagi di masa akan datang.
Katanya lagi mereka juga terbuka dengan segala kritikan dan komen yang diberikan untuk memperbaiki diri mereka.
“Kami menyusun jari memohon maaf di atas kesilapan kami tanpa sedar, yang kami lakukan. Maaf sangat-sangat daripada kami, 3 Pagi Era.”
@era.je Kami dengan penuh rasa rendah diri memohon maaf atas kandungan kami baru-baru ini yang telah menyentuh sensitiviti ramai pihak khususnya rakan-rakan kami yang berbangsa India. Kami tidak pernah berniat untuk menyinggung mana-mana pihak, dan kami amat menghormati kepercayaan serta nilai setiap individu. Kami akan lebih berhati-hati di masa hadapan. Kami juga sentiasa terbuka untuk menerima segala komen dan kritikan untuk memperbaiki diri kami terutama daripada pendengar setia ERA. Sekali lagi, kami menyusun jari memohon maaf di atas kesilapan tanpa sedar yang kami lakukan. Maafkan kami. #sharERA
♬ original sound – ERA – ERA
Selain video yang dimuat naik, pihak Era FM juga ada mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang beragama Hindu atas insiden terbabit.

MCMC diminta panggil pihak Astro dan pengurusan stesen radio untuk beri penjelasan
Dalam pada itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut diminta untuk melakukan siasatan mengenai insiden berkenaan.
Jelas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil perkara itu termasuklah dengan memanggil pihak Astro dan pengurusan stesen radio terbabit untuk hadir ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.
“Ini bertujuan untuk memastikan tindakan yang boleh diambil berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada,” jelasnya, lapor Bernama.
Sebelum ini, Fahmi memaklumkan kementeriannya sudah menerima aduan daripada pelbagai pihak berkenaan aksi penyampai itu.
Penyampai radio terbabit direhatkan
[Kemaskini]Astro Audio turut menzahirkan rasa kesal dengan insiden yang berlaku serta memohon maaf kerana telah menyakiti hati dan mengecewakan pihak terlibat.
Susulan itu, Astro Audio turut bertindak merehatkan ketiga-tiga penyampai berkenaan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.
“Para penyampai yang terlibat telah mengakui kesilapan mereka dan telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka. Sebagai sebuah syarikat penyiaran bertanggungjawab, kami memandang serius perkara ini dan selepas pertimbangan yang teliti, kami memutuskan untuk merehatkan ketiga-tiga individu (penyampai radio Era FM) tersebut dari ke udara sehingga diberitahu kelak, sementara menjalankan siasatan dalaman ke atas insiden ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.
