fbpx

Pemilik Akaun FB Vijayan Savarinthan Yang Dicari Polis Didakwa ‘Pilot Darat’ Di Australia

Carian lebih lanjut kami di laman Facebook turut mendapati terdapatnya iklan beserta nombor telefon yang menawarkan servis perkhidmatan kurier kepada orang ramai dipercayai di luar negara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Belum reda lagi isu berhubung tiga penyampai radio Era FM yang didakwa mempersenda upacara agama Hindu, kini tular pula video seorang lelaki dengan sengaja menghina agama Islam sambil mengeluarkan kata-kata lucah.

Video terbabit yang dimuat naik oleh sebuah akaun Facebook pada Rabu lalu (5 Mac) itu telah mendapat perhatian dan kecaman ramai.

Polis buru pemilik akaun Facebook ‘Vijayan Savarinthan’

Susulan itu, pihak polis kini sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai pemilik akaun Facebook terbabit selepas disyaki menghina agama Islam dan mengeluarkan kata-kata lucah.

Satu laporan polis dibuat petang kelmarin di Balai Polis Manchis, Bentong, Pahang oleh seorang lelaki berusia 32 tahun selepas melihat video berkenaan menerusi akaun Facebook atas nama ‘Vijayan Savarinthan’.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan pada masa ini sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, sejurus laporan polis dibuat termasuk usaha mengesan lelaki terbabit yang berkemungkinan berada di luar negara.

“Berdasarkan laporan, video berkenaan telah dimuat naik pada tarikh 5 Mac (semalam) dan dipercayai telah dipadam selepas menerima kecaman orang ramai. Ini kerana video berkenaan mengandungi kata-kata kesat dan penghinaan terhadap penganut agama Islam.

“Pihak polis memandang serius perbuatan menghina mana-mana agama di negara ini yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.

“Video ini mengandungi kata-kata kesat yang menghina penganut agama Islam susulan isu melibatkan penyampai sebuah stesen radio yang sebelum ini didakwa membuat penghinaan terhadap agama Hindu,” katanya dipetik Berita Harian.

Video didakwa dimuat naik semula hingga cetus kecaman

Pun begitu, terdapat dakwaan yang mengatakan video sama telah dimuat naik semula di akaun Facebook milik lelaki berkenaan pada Jumaat (7 Mac) pagi. Namun semakan kami tidak menemukan video tersebut sebaliknya terdapat banyak video-video baharu yang baru sahaja dimuat naiknya.

Bahkan terdapat satu posting dari pemilik akaun Facebook sama yang menyelitkan lokasinya di Australia mendakwa dia ada menerima ugutan bunuh dari rakyat Malaysia.

Tersebar maklumat peribadi dipercayai milik pemilik akaun Facebook ‘Vijayan Savarinthan’

Carian lebih lanjut kami di laman Facebook turut mendapati terdapatnya iklan beserta nombor telefon yang menawarkan servis perkhidmatan kurier kepada orang ramai dipercayai di luar negara.

Ini seolah-olah menguatkan dakwaan netizen yang sebelum ini mengatakan bahawa dia adalah seorang pemandu lori yang bekerja di luar negara — yang dikhuatiri akan menyukarkan pihak berkuasa untuk mengesannya.

Semakan di ruangan komen mendapati banyak mesej kecaman yang dilemparkan terhadap lelaki itu berhubung kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkannya. Dalam masa sama terdapat juga netizen yang meminta dia untuk membuat laporan polis atas faktor keselamatan.

Terdapat juga segelintir netizen yang melarang orang ramai dari menghantar komen berbaur ugutan kerana percaya tindakan lelaki berkenaan hanyalah taktik untuk memohon suaka bagi melanjutkan visa agar dapat terus kekal di Australia.

Bukan itu sahaja, turut tular di ruangan komen maklumat peribadi seorang individu yang didakwa lelaki berkenaan yang sedang bekerja dan menetap di Victoria, Australia.

Antara maklumat yang terdapat pada komen tular itu adalah nama penuh, alamat rumah, nama syarikatnya bekerja serta banyak lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.