fbpx
Now Reading
Tular Mercedes Dipandu Melulu, Warga Emas Ditahan Kurang 24 Jam Selepas Diburu Polis [Video]

Tular Mercedes Dipandu Melulu, Warga Emas Ditahan Kurang 24 Jam Selepas Diburu Polis [Video]

Tindakan tidak bertanggungjawab pemandu Mercedes itu menyebabkan sebuah kereta jenis Proton Waja yang datang dari arah bertentangan hilang kawalan dan nyaris kemalangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Hampir setiap hari ada sahaja rakaman ‘dashcam’ yang tular di media sosial memaparkan individu-individu memandu secara melulu dan berbahaya di jalan raya.

Tindakan pemandu tidak bertanggungjawab sebegini bukan hanya boleh mengakibatkan kemalangan, bahkan menyebabkan seseorang yang tidak berdosa kehilangan nyawa.

Seperti Khamis lalu (6 Mac), tular di media sosial satu video Honda Jazz dipandu seorang remaja lelaki berusia 18 tahun tanpa lesen telah melanggar lampu isyarat merah di Senawang, Seremban hingga menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa dua individu.

Baca Artikel Berkaitan: Kemalangan Di Senawang: Kakak Pemandu Honda Jazz Tampil Mohon Maaf [Video]

Waja nyaris terlibat kemalangan gara-gara Mercedes dipandu melulu

Terbaharu, tular pula di media sosial satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan sebuah Mercedes Benz dipandu secara melulu di Batu Pahat, Johor.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun X @mynewshub, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 8.19 pagi, Sabtu lalu (8 Mac).

Tindakan tidak bertanggungjawab pemandu Mercedes itu menyebabkan sebuah kereta jenis Proton Waja yang datang dari arah bertentangan hilang kawalan dan nyaris kemalangan.

Dalam keadaan kelajuan sebegitu, tidak mustahil pemandu Waja boleh kehilangan nyawa sekiranya kedua-dua kenderaan tidak sempat mengelak dan bertembung.

Pemandu Mercedes ditahan kurang 24 jam selepas diburu

Penularan video terbabit telah membawa kepada tindakan pantas pihak polis menahan pemandu Mercedes itu.

Difahamkan, pemandu tersebut yang juga seorang lelaki berusia 65 tahun itu ditahan kurang 24 jam selepas dia diburu polis di kawasan Taman Cemerlang oleh anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Batu Pahat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, lelaki terbabit ditahan pada jam 4.10 petang.

“Siasatan awal polis kejadian berlaku pada jam 8.19 pagi semalam, ketika lelaki itu dalam perjalanan dari Parit Yaani menghala ke Sri Medan.

“Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu bebas daripada dadah selain tidak memiliki rekod lampau.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dipetik Berita Harian.

Jika disabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga lima tahun dan tidak lebih RM15,000 serta kehilangan kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu sekurang-kurangnya dua tahun.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.