
Selamba Guna Kondo Di KL Untuk Buat Pembedahan Kosmetik, Doktor Vietnam Ditahan Imigresen
Menurut Pengarah Imigresen KL, Wan Mohamed Saupee ejen klinik berkenaan turut diberikan wang komisen sebanyak 5% hingga 10% bergantung kepada jumlah bayaran yang dicas kepada pelanggan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui sebarang prosedur kesihatan seperti pembedahan kecil mahupun besar perlulah mendapat lesen serta kelulusan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.
Mana-mana individu yang menjalankan aktiviti secara haram boleh dikenakan tindakan serta ditahan pihak berkuasa.
Ini kerana prosedur berkenaan bukan sahaja berisiko malah boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak dijalankan prosedur yang betul.
Dokto lelaki warga Vietnam tawar perkhidmatan pembedahan plastik di kondo KL
Terbaharu, seorang doktor lelaki dari Vietnam didakwa menawarkan perkhidmatan pembedahan kosmetik di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Kegiatan itu juga dipercayai tidak memiliki lesen dan sijil dan beroperasi secara haram di kondominium berkenaan.
Malah mereka juga menawarkan harga pembedahan sekitar RM1,000 hingga RM15,000 untuk mencantikkan beberapa bahagian seperti menegangkan muka seperti hidung, dan kelopak mata.
Buat promosi di TikTok untuk tarik pelanggan
Turut difahamkan perkhidmatan yang dijalankan itu dipromosikan menerusi TikTok oleh ejen klinik berkenaan untuk mendapatkan pelanggan. Pelanggan mereka juga terdiri daripada rakyat tempatan serta warga asing.
Menurut Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff pihak imigresen telah bertindak menahan seramai sembilan warga asing dalam dua serbuan berasingan semalam (10 Mac).
2 warga tempatan dan 9 warga asing ditahan
Jelasnya dalan serbuan yang dilakukan jam 11 pagi, dua orang warga tempatan juga ditahan. Mereka terdiri daripada seorang lelaki serta seorang wanita yang disyaki ejen kepada klinik tersebut.
“Serbuan di kondominium di Bukit Jalil menahan lima warga Vietnam dan seorang warga tempatan. Manakala serbuan kedua di Desa Petaling menahan empat warga Vietnam dan seorang warga tempatan.
“Siasatan mendapati dua unit kediaman ini mempunyai kaitan, namun menggunakan nama syarikat yang berbeza,” jelasnya, lapor Kosmo.
Turut difahamkan serbuan yang dilakukan itu juga disertai pegawai serta anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur.
Ejen diberikan komisen sebanyak 5-10% daripada harga yang dicas
Wan Mohamed Saupee menjelaskan warga tempatan yang menjadi ejen turut diberikan komisen sekitar 5% hingga 10% dari jumlah bayaran yang dicas kepada pelanggan.
“Serbuan mendapati bilik utama di kedua-dua unit kondomonium disewa pada harga RM2,600 sebulan itu dijadikan bilik bedah.
“Bilik itu lengkap dengan pelbagai alat pembedahan kosmetik termasuk ubat-ubatan dipercayai diimport.”
Warga tempatan yang dicekup disiasat di Bawah Seksyen 56(1)(d) Akta imigresen 1959/63. Warga vietnam pula disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Tonton video di sini.