fbpx
Now Reading
Isu Tiga Penyampai Radio Era FM: Fahmi Fadzil Beri Penjelasan Tentang Kadar Kompaun RM250,000

Isu Tiga Penyampai Radio Era FM: Fahmi Fadzil Beri Penjelasan Tentang Kadar Kompaun RM250,000

Jelas Fahmi Fadzil, denda RM250,000 yang dikenakan terhadap MBNS adalah dengan izin TPR berdasarkan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Pada minggu lalu, kecoh di media sosial kontroversi mengenai tiga penyampai radio Era FM yang didakwa mempersendakan upacara agama Hindu. Walaupun ketiga-tiga penyampai radio berkenaan dan pihak pengurusan telah memohon maaf, ia masih lagi tidak dapat meredakan kontroversi yang melanda.

Peguam Popular, Mahmud Jumaat kemudiannya tampil mempertahankan penyampai radio berkenaan dan menjelaskan apa yang berlaku hanyalah salah faham.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kemudiannya diarah untuk menyiasat kakitangan stesen radio milik Astro itu.

Baca Artikel Berkaitan: Kontroversi Penyampai ERA: “Ia Tarian Entrance Muay Thai Miki Ghazali, Bukan Kavadi” – Peguam [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Dakwaan Persenda Agama Lain: Astro Audio Mohon Maaf, Rehatkan Nabil Ahmad, Azad Jazmin & Radin

Baca Artikel Berkaitan: Isu Dakwaan Persenda Agama Hindu: Saifuddin Puji Tindakan 3 Penyampai Radio EraFM Mohon Maaf

Semalam (11 Mac), media melaporkan MCMC telah mengenakan kadar kompaun RM250,000 terhadap pengendali stesen radio Era FM iaitu Maestra Broadcast Network System (MBNS) Sdn Bhd.

Kompaun yang dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang dipinda pada 11 Februari 2025 adalah berikutan kandungan jelik melampau yang dimuat naik di TikTok Era FM.

Malah, MCMC turut memutuskan untuk tidak menggantung lesen penyiaran Era FM yang dikendalikan oleh MBNS setelah meneliti rayuan syarikat tersebut terhadap notis penggantungan pada 7 Mac lalu.

Pun begitu, kadar denda itu nyata menjadi perhatian hingga ada yang mempersoal mengapakah ia begitu tinggi jika dibandingkan dengan kes yang lebih kurang sama sebelum ini.

Denda RM250,000 Adalah Mengikut Pindaan Akta 588 – Fahmi Fadzil

Terbaharu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil tampil memberi penjelasan berhubung kadar kompaun tersebut.

Jelas Fahmi yang juga merupakan jurucakap kerajaan, denda RM250,000 yang dikenakan terhadap MBNS adalah dengan izin Timbalan Pendakwa Raya berdasarkan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Jelasnya, pindaan akta yang telahpun berkuat kuasa pada 11 Februari lalu memperuntukkan denda maksimum RM500,000.

“Bukan Era FM (yang dikompaun) tetapi Maestra Broadcast Network Systems (MBNS) Sdn Bhd, iaitu pemegang lesen (yang dikeluarkan oleh) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), yang dikompaun. MBNS bukan individu tapi sebuah anak syarikat milik Astro yang mempunyai keuntungan substantif.”

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil

Kadar Kompaun Harith Iskander & Cecelia Yap Adalah Sebelum Pindaan Berkuat Kuasa

Malah, Fahmi turut menjawab persoalan individu tentang mengapa kadar kompaun yang dikenakan terhadap pelawak, Harith Iskander dan seorang wanita, Cecelia Yap bernilai RM10,000.

Sedangkan mereka juga didenda kerana memuat naik kandungan dan komen jelik yang membabitkan agama.

Jelas Fahmi, kompaun RM10,000 itu dikenakan terhadap kedua-dua individu berkenaan kerana kesalahan yang berlaku adalah sebelum pindaan akta pada 11 Februari lalu yang mengenakan denda maksimum sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

Pindaan Akta 588 Diwarta Pada 7 Februari

Untuk info, pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] mula berkuat kuasa selepas diwartakan pada 7 Februari yang lalu.

Akta berkenaan diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Disember tahun lepas bagi menyediakan ekosistem rangkaian Internet dengan lebih selamat dan mampan kepada pengguna khususnya kepada kanak-kanak dan keluarga.

Pindaan itu turut memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih daripada lima tahun serta denda RM500,000 atau kedua-duanya bagi kesalahan yang dibuat terhadap kanak-kanak umur 18 tahun ke bawah.

Baca Artikel Berkaitan: Harith Iskander & Cecelia Yap Dikompaun RM10,000 – MCMC

Baca Artikel Berkaitan: Isu Stoking Kalimah Allah: KK Mart & Syarikat Pembekal Didenda RM60,000

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.