fbpx
Now Reading
Warga Emas Trauma Ditipu Bomoh, Hilang Harta Benda Selepas Percaya Konon Boleh Sembuh Penyakit Kanser

Warga Emas Trauma Ditipu Bomoh, Hilang Harta Benda Selepas Percaya Konon Boleh Sembuh Penyakit Kanser

Kongsi warga emas itu, dia takut untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan menganggap prosedur rawatan kanser menyakitkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Jika sudah namanya manusia, pasti tidak lari diuji dengan ujian daripada Allah SWT.

Selain kekurangan wang ringgit dan sikap negatif pasangan, antara ujian yang sering dihadapi oleh individu adalah sakit khususnya menghidap penyakit kronik.

Mungkin ada yang dapat menerima namun ada juga yang sedih dengan ujian melanda. Pun begitu, itu tidak menjadikan seseorang itu putus asa untuk hidup.

Ada yang sanggup mengorbankan apa sahaja khususnya wang ringgit asalkan sembuh dari penyakit yang dihidapi.

Warga Emas Hilang Segalanya Kerana Percaya Bomoh

Namun, gara-gara terlalu percayakan bomoh, seorang warga emas berusia 62 tahun hilang segala-galanya.

Walaupun telah lebih 10 tahun kisah itu berlalu, warga emas yang dikenali sebagai Che Intan Md Zain masih trauma dengan tindakan bomoh yang menipunya hingga menyebabkan dia hilang rumah yang dibeli hasil titik peluh sendiri.

Kongsi Che Intan, segalanya bermula ketika dia disahkan menghidap penyakit kanser otak pada tahun 2011 dan berjuang untuk melawan penyakit berkenaan.

Takut Dapatkan Rawatan Di Hospital, Pilih Untuk Berubat Dengan Cara Alternatif

Jelasnya, dia takut untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Ini kerana dia menganggap prosedur rawatan kanser menyakitkan selepas menjalani pembedahan membuang tumor pada bahagian kiri di Hospital Pulau Pinang.

Selain itu, dia turut menjalani ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan Pengimejan Resonans Magnetic (MRI).

Secara kebetulan, seorang rakan telah memperkenalkan kepada Che Intan seorang bomoh di Titi Gajah, Alor Setar, Kedah.

Bomoh Siap Minta Hati Burung Mati Bercinta, Terpaksa Jual Rumah Bayar Perkhidmatan Bomoh

Kongsi warga emas itu, dia percaya bomoh berkenaan boleh menyembuh penyakit yang dihidapi sehingga dia sanggup mengorbankan harta benda bagi mendapatkan rawatan.

Malah, bomoh itu juga pernah membuat permintaan yang agak pelik seperti meminta hati burung mati bercinta.

“Saya dimandikan dengan tujuh jenis bunga tujuh hari selain diminta mencari hati burung mati bercinta dan kain kafan orang meninggal pada hari Selasa.

“Saya percaya dengan bomoh itu. Oleh sebab tak mampu mencari apa yang diminta, saya jual rumah dan barang kemas serta serahkan wang simpanan berjumlah lebih RM60,000.

“Rupanya dia menipu saya. Pada masa sama, keadaan saya semakin teruk sehingga sebelah mata kabur kerana kanser merebak tanpa rawatan sewajarnya,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Warga Emas Kini Menumpang Di Rumah Ibu

Kongsi Che Intan lagi, harta bendanya hilang sekelip mata dan kini dia terpaksa menumpang di rumah ibunya, Hatijah Long yang kini berusia 86 tahun.

Manakala, suaminya pula, Maznan Mohd Din tidak dapat bekerja sebagai pengawal keselamatan kerana sudah berusia.

Difahamkan, Che Intan dan pasangan mempunyai seorang anak lelaki yang sudah berkahwin dan kini berusia 33 tahun serta anak angkat berumur 16 tahun dan tinggal bersama mereka.

Tak Malu Kongsi Pengalaman, Mahu Pesakit Kanser Lain Elak Daripada Tertipu

Jelas warga emas itu lagi, dia tidak malu berkongsi pengalaman yang mempunyai kaitan dengan pesakit kanser bagi mengelakkan ramai terpedaya.

Pada masa yang sama, Pengerusi Pertubuhan Cancer Survivors Malaysia (CSM) Zuraini Kamal menjelaskan kisah Che Intan harus dijadikan pengajaran.

Malah, dia menasihatkan agar pesakit kanser yang lain mengikut rawatan yang ditetapkan oleh doktor termasuklah rawatan kemoterapi dan radioterapi.

“Belanja untuk rawatan tidak mahal seperti diminta bomoh kerana banyak hospital kerajaan menggunakan rawatan moden yang boleh membantu pesakit kanser malah ada yang sudah sembuh,” jelasnya.

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Anak Yang Kuat”- Ibu Kongsi Anak Hidap Kanser Tulang Buat Ramai Sebak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Niat Nak Berubat Untuk Dapatkan Zuriat, Tapi Dirogol Bomoh 20 Kali

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.