fbpx
Now Reading
Menteri Agama Seru Orang Ramai Segera Buat Laporan Jika Agamawan Lakukan Jenayah & Langgar Undang-Undang

Menteri Agama Seru Orang Ramai Segera Buat Laporan Jika Agamawan Lakukan Jenayah & Langgar Undang-Undang

Sebelum ini tular, seorang pelajar mengalami pecah muka akibat ditumbuk oleh seorang lelaki tidak dikenali yang dipercayai seorang pengerusi sebuah surau di Kajang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Baru-baru ini, kecoh di media sosial seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun berlumuran darah pada bahagian hidung akibat ditumbuk oleh seorang lelaki.

Menerusi hantaran yang tular di media sosial, mangsa ditumbuk oleh seorang lelaki yang tidak dikenali kerana perselisihan faham di persimpangan jalan berhampiran Saujana Impian, Kajang kira-kira jam 2.15 petang pada Jumaat (14 Mac) lalu.

Insiden itu nyata mendapat perhatian ramai apatah lagi lelaki berkenaan didakwa merupakan seorang pengerusi surau dan ia bukanlah kali pertama dia bertindak sedemikian.

Ekoran daripada kejadian tersebut, pelajar tingkatan lima berkenaan telah membuat laporan polis kira-kira jam 9.24 malam sebelum suspek ditahan pada hari yang sama.

Malah difahamkan, mangsa mengalami kecederaan retak tulang batang hidung dan telah mendapat rawatan di Hospital Kajang.

Tauliah Mengajar Wajar Ditarik & Dibatal Jika Individu Didapati Bersalah – Menteri Agama

Terbaharu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menegaskan tauliah mengajar yang diberikan oleh Jabatan Agama Islam negeri wajar ditarik sekiranya individu didapati bersalah melakukan jenayah.

Pada masa yang sama, beliau turut menyeru orang ramai agar segera membuat laporan polis sekiranya mengetahui kesalahan yang dilakukan oleh agamawan agar tindakan sepatutnya dapat diambil.

“Saya berharap masyarakat tampil membuat laporan kerana kita mahu mengambil tindakan yang adil.

“Sebagai contoh, Jabatan Agama Islam memberikan tauliah kepada guru yang mengajar. Jika mahu menarik balik tauliah tanpa sebarang sabitan kesalahan, ia akan menjadi sukar.

“Justeru, saya berharap masyarakat yang mengetahui sebarang perlakuan jenayah melibatkan agamawan agar segera membuat laporan supaya tindakan yang adil dapat diambil.

“Jika individu tersebut disabitkan kesalahan, maka lebih mudah bagi pihak Jabatan Agama Islam negeri untuk menarik balik tauliah mereka,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Golongan Agamawan Perlu Jadi Contoh & Teladan Kepada Masyarakat

Tambah Mohd Naim, golongan agamawan seharusnya menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat serta tidak menyalahgunakan ilmu serta kepercayaan yang diberikan.

“Harapan kita adalah agar agamawan menunjukkan akhlak yang baik, namun ada segelintir yang menyalahgunakan kedudukan mereka.

“Jika timbul sebarang isu jenayah, saya berharap masyarakat segera melaporkannya kepada polis supaya tindakan dapat diambil. Saya percaya pihak berkuasa akan menjalankan siasatan secara adil,” katanya lagi.

JAIS Perlu Tarik Balik Tauliah Agamawan – Exco Selangor

Dalam pada itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr. Mohammad Fahmi Ngah, menjelaskan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu menarik serta-merta tauliah seorang agamawan dan mengharamkan dia daripada mengajar agama.

Ia perlu dilakukan sekiranya terbukti terbabit dalam insiden memukul pelajar lelaki di Kajang baru-baru ini.

Jelas Dr Mohammad Fahmi, dia telah mengarahkan JAIS untuk menyemak sama ada pelaku berkenaan mempunyai tauliah mengajar di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“Sekiranya benar agamawan atau guru ini pemegang tauliah MAIS, maka ia wajar ditarik balik serta-merta dan beliau diharamkan daripada mengajar agama di Selangor,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.

Seru Agamawan Sentiasa Menjaga Kemuliaan Islam

Pada masa yang sama, dia turut mengingatkan para agamawan dan guru yang diberikan tauliah mengajar oleh MAIS agar sentiasa menjaga kemuliaan Islam.

“(Ini termasuk) menjauhi segala tindakan ganas yang boleh merosakkan imej kesederhanaan para agamawan atau guru,” katanya lagi.

Malah, Dr Mohammad Fahmi juga turut mengecam segala bentuk kekerasan terutamanya jika si pelaku merupakan seorang agamawan atau guru.

“Saya amat kecewa dengan tindakan ganas sebegini yang jelas bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam yang menuntut penyelesaian secara rasional dan berdasarkan asas perundangan yang berkuat kuasa, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini,” jelasnya.

16/3/2025 KENYATAAN AKHBAR YB DR MUHAMMAD FAHMI NGAH MENGENAI INSIDEN KEGANASAN TERHADAP PELAJAR MELIBATKAN INDIVIDU BERIMEJ AGAMAWAN DI KAJANG.

Posted by Dr. Fahmi Ngah on Saturday 15 March 2025

Suspek Telah Dibebas Dengan Jaminan Polis

Sekadar info, lelaki yang bertindak memukul pelajar sekolah itu kini telah dibebas dengan jaminan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, suspek yang berusia 39 tahun itu telah direman sehari pada Sabtu (15 Mac) lalu.

Namun, polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Baca Artikel Berkaitan: Guru Pukul, Hantuk, Tolak & Pijak Badan Pelajar Kerana Tertidur Dalam Kelas

Baca Artikel Berkaitan: Tular Insiden Remaja Dipukul & Ditendang, Dua Pelajar Sekolah Ditahan Polis [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Memang Mak2” – Kaget Lihat Ustaz Beri Ceramah Diserang, Jemaah Wanita Bangun Kejar & Pukul Si Pelaku [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.