
Pakcik Tampar Lelaki Non-Muslim Dikesan, Berdepan Hukuman Penjara & Denda
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, siasatan tersebut dibuat kerana lelaki terbabit didakwa telah dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak semalam (16 Mac), kecoh di media sosial mengenai insiden seorang warga emas menampar seorang lelaki bukan Muslim semasa individu itu makan di tempat awam ketika bulan Ramadan.
Dalam kejadian yang berlaku di Angsana Mall, Johor Bahru itu, pemuda berbangsa Cina itu mendakwa telah berkali-kali menjelaskan bahawa dia bukan beragama Islam, namun lelaki warga emas berkenaan enggan mempercayainya.
Malah, lelaki itu turut meminta kad pengenalan (IC) untuk membuat pengesahan sebelum bertindak menampar mangsa yang enggan memberikan MyKad kepunyaannya.
Polis sedang kesan pakcik tular tampar lelaki bukan Muslim
Terbaharu, pihak polis mengesahkan sedang mengesan lelaki tular yang menampar pemuda bukan Muslim itu.
Difahamkan, lelaki terbabit berdepan hukuman penjara sehingga setahun serta denda RM2,000 jika sabit kesalahan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Didakwa sengaja menyebabkan kecederaan
Menurutnya, siasatan tersebut dibuat kerana lelaki terbabit didakwa telah dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
“Polis terima aduan daripada pengadu yang berusia 21 tahun berhubung kejadian itu pada pukul 9.08 malam, semalam. Pengadu maklumkan telah ditampar dua kali di pipi kanannya oleh individu tersebut.
“Kejadian tersebut dipercayai berpunca apabila pengadu enggan memberikan kad pengenalan apabila diminta oleh lelaki tersebut selepas bertanyakan apakah agamanya,” katanya dipetik Kosmo.
Dalam pada itu, beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk membantu siasatan dengan menghubungi talian 07-5563122.
Menteri Perpaduan beri respon isu terbabit
Terdahulu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menjelaskan insiden tersebut adalah satu provokasi yang tidak melambangkan perpaduan dan keharmonian negara yang berbilang kaum.
“Tindakan sedemikian harus dihentikan serta-merta dan tidak dibenarkan berkembang di negara yang menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara,” tulisnya.
Malah, Ahli Parlimen Kanowit itu juga mengutuk sekerasnya tindakan sedemikian yang dianggap boleh menjejaskan keharmonian sesama kaum.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Non-Muslim Ditampar Kerana Makan Di Bulan Ramadan, Ini Respon Menteri Perpaduan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ditampar Warga Emas Gara-Gara Makan Di Bulan Puasa, Lelaki Non-Muslim Buat Laporan Polis