fbpx
Now Reading
Tular Lelaki Pukul Kepala Penunggang Motosikal Di Persimpangan Lampu Isyarat Dipercayai Mabuk [Video]

Tular Lelaki Pukul Kepala Penunggang Motosikal Di Persimpangan Lampu Isyarat Dipercayai Mabuk [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, suspek yang berusia 25 tahun itu telahpun ditahan kira-kira jam tiga petang pada Ahad (16 Mac) lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Pada awal pagi tadi, kecoh di media sosial video seorang penunggang motosikal dipukul oleh seorang lelaki di sebuah persimpangan lampu isyarat.

Menerusi hantaran yang tular itu, lelaki yang berpakaian warna putih dilihat terus memukul kepala penunggang motosikal ketika lampu isyarat berwarna merah.

Tindakan lelaki tersebut menyebabkan tercetusnya kekecohan di antara mereka hingga berlaku insiden tumbuk – menumbuk dan perdebatan mulut bersama individu yang lain.

Perkongsian itu nyata mendapat perhatian sehingga ada yangtertanya-tanya punca sebenar kejadian serta mahu pihak berkuasa mengambil tindakan.

Polis Tahan Lelaki Pukul Penunggang Motosikal Namun Dibebaskan Atas Faktor Kesihatan

Terbaharu, polis telah menahan seorang lelaki disyaki menumbuk kepala seorang penunggang motosikal yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat Kota Syahbandar, Melaka semalam (16 Mac).

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit, suspek yang berusia 25 tahun itu telahpun ditahan kira-kira jam tiga petang.

Walau bagaimanapun, dia telahpun dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan.

Suspek Dipercayai Turun Secara Tiba-Tiba Sebelum Tumbuk Kepala

Jelasnya, ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.00 pagi Ahad (16 Mac) lalu, suspek dipercayai secara tiba-tiba turun dari kereta Toyota Vellfire berwarna hitam sebelum terus menumbuk belakang kepala mangsa.

“Ketika kejadian, mangsa sedang menunggu lampu isyarat dan akibat tindakan suspek itu, mangsa kemudian turun daripada motosikal lalu menolak lelaki tidak dikenalinya itu.

“Melihat kejadian itu, pengguna jalan raya yang kebetulan berada di lokasi kejadian datang membantu mangsa dan suspek kemudian masuk ke dalam kenderaannya sebelum bertindak melarikan diri,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Suspek Dipercayai Berada Dalam Keadaan Mabuk

Tambahnya lagi, suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan motif insiden berkenaan masih dalam siasatan.

Jelas Christoper, kes kini disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaaan kerana mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Mabuk Ditahan Selepas Serang & Cuba Rampas Submesingan Anggota Polis Di Balai

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Mabuk Serang Peniaga Burger Jadi Punca Pergaduhan Tular Di Semenyih [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Dipercayai Mabuk Belasah Pekerja Serbaneka Di Kajang, Siap Ajak Selfie Selepas Pukul [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.