fbpx
Now Reading
Budak Lelaki Umur 7 Tahun Didakwa Kena Lempang Dua Kali Sehingga Kepala Terhantuk Pada Dinding Sekolah

Budak Lelaki Umur 7 Tahun Didakwa Kena Lempang Dua Kali Sehingga Kepala Terhantuk Pada Dinding Sekolah

Menurut pengadu yang dikenali sebagai Muhammad Nazirul Ekhmal Zairudin, dia ternampak kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.50 tengahari semalam (19 Mac) sewaktu mahu mengambil anak jagaannya di sekolah tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk mengajar dan mendidik kanak-kanak menjadi insan yang berguna.

Ada yang menggunakan cara lembut ada juga yang menggunakan ketegasan untuk membentuk peribadi si cilik.

Tidak kisahlah bagaimana caranya, asalkan ia tidaklah terlalu ‘keras’ sehingga boleh menganggu emosi kanak-kanak itu sendiri.

Namun entah mengapa, ada segelintir individu yang dilihat melampaui batas dengan bertindak di luar kawalan sehingga mendatangkan kecederaan kepada kanak-kanak.

Kanak-Kanak Lelaki Umur 7 Tahun Didakwa Dipukul & Dilempang

Terbaharu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun didakwa dipukul menggunakan tangan serta dilempang dua kali sehingga kepalanya terhantuk pada dinding sekolah yang terletak di Jalan Abdul Rahman, Johor Bahru.

Menurut pengadu yang dikenali sebagai Muhammad Nazirul Ekhmal Zairudin, dia ternampak kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.50 tengahari semalam (19 Mac) sewaktu mahu mengambil anak jagaannya di sekolah tersebut.

Pelaku Dakwa Mangsa Ganggu Anak, Turut Ugut Untuk Pukul Mangsa Hadapan Warden & Guru

Jelasnya, dia melihat pelaku memukul anak jagaannya itu selain mendakwa mangsa yang dikenali sebagai Syamir telah menganggu anaknya.

“Saya nampak lelaki itu memukul anak jagaan saya menggunakan tangan, dia turut menarik telinga Syamir dari dalam sekolah sehingga ke luar sekolah.

“Dia juga melempang Syamir sebanyak dua kali sehingga terhantuk kepala di dinding sekolah.

“Dia juga ada mengugut jika warden atau guru datang, dia akan memukul Syamir di hadapan mereka,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.

Buat Laporan Polis Kerana Bimbang Keselamatan Anak Jagaan

Tambah Muhammad Nazirul, dia kemudiannya tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan kira-kira jam 3.45 petang semalam.

Jelasnya, dia bertindak sedemikian kerana bimbang dengan keselamatan anak jagaannya itu pada masa hadapan.

“Saya datang ke balai buat laporan kerana mahu tindakan selanjutnya dan bimbang keselamatan anak jagaan saya,” ujarnya.

Malah, polis turut mengesahkan ada menerima laporan yang dibuat berhubung kejadian berkenaan.

Mangsa Anak Yatim Yang Dihantar JKM Ke Pusat Perlindungan

Terdahulu, tular di media sosial hantaran pengasas Rumah Perlindungan Kanak-Kanak TBQ Amal, Herman Sudir berhubung perbuatan lelaki tersebut.

Menerusi hantaran yang tular itu, Herman mendakwa mangsa merupakan anak yatim yang dihantar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke pusat perlindungan itu.

Berani kau sepak 3 kali sampai terhentak ke tembok #anaktbq yang umur 7 tahun ini sebab dia kacau anak engkau kat…

Posted by Herman Sudil on Tuesday 18 March 2025

Malah, dia menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan undang-undang bagi mendapatkan keadilan.

Namun jelas Herman, sekiranya anak di rumah perlindungannya didapati bersalah, kanak-kanak berkenaan tetap akan didenda mengikut prosedur serta dihantar menjalani khidmat kaunseling.

Jangan risau, kami tidak akan belasah balik bapak pelajar yang pukul, peliat telinga dan sepak #anaktbq yang disaksikan…

Posted by Herman Sudil on Wednesday 19 March 2025

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Lelaki 10 Tahun Lebam Pada Muka, Dipercayai Ditampar & Ditumbuk Guru

Baca Artikel Berkaitan: Guru Disiplin Di Melaka Didakwa Tampar Muka & Tarik Rambut Pelajar Lelaki

Baca Artikel Berkaitan: Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.