fbpx
Now Reading
Penjawat Awam Dapat Duit Raya RM500, Pesara Pula RM250 Sempena Aidilfitri

Penjawat Awam Dapat Duit Raya RM500, Pesara Pula RM250 Sempena Aidilfitri

Anwar yang juga Menteri Kewangan berharap agar Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang diberikan kepada penjawat awam dapat membantu meringankan beban rakyat menjelang lebaran yang bakal tiba.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Diam tidak diam, telah masuk minggu ketiga umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa. Ini bermakna, hanya kurang dua minggu sahaja lagi, 1 Syawal bakal menjelma.

Pastinya perayaan ini amat dinantikan oleh setiap orang sebagai meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa.

Ia juga menjadi platform untuk orang ramai bertemu sanak-saudara yang sudah lama tidak berjumpa.

Penjawat Awam Gred 56 & Ke Bawah Dapat ‘Duit Raya’ RM500

Terbaharu, sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, kerajaan telah memutuskan untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri bernilai RM500 kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Berdasarkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), Gred 56 juga merujuk kepada kumpulan Gred 15.

Bantuan yang akan mula disalurkan pada minggu hadapan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA hari ini (21 Mac).

Pesara & Veteran Turut Dapat BKK RM250

Pesara kerajaan, kumpulan veteran dan veteran tidak berpencen juga tidak ketinggalan mendapat duit raya pada kadar RM250.

“Saya putuskan insya-Allah dalam minggu depan kita akan salurkan kepada Gred 56 (Gred 15 ke bawah) sebanyak RM500 bagi setiap penjawat awam.

“Manakala, untuk pesara RM250 termasuk veteran dan veteran tidak berpencen,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.

Bantuan Diharap Dapat Ringankan Beban

Anwar yang juga Menteri Kewangan berharap agar BKK yang diberikan dapat membantu meringankan beban rakyat menjelang lebaran yang bakal tiba. Jelas beliau, peruntukan BKK Aidilfitri mencecah sekitar RM1 Bilion.

Malah, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengambil kira pertumbuhan ekonomi yang lebih baik serta sumbangan kerajaan yang lebih teratur dan disiplin.

“(Walaupun) ketirisan masih ada tetapi banyak dikawal oleh hasil kerajaan dan tatakelola yang lebih baik.

“Mengapa kita keras soal tatakelola dan elak ketirisan dan sebagainya kerana bila dapat hasil kita pulangkan balik kepada rakyat,” ujarnya.

Terdahulu, kerajaan berteka-teki tentang penyaluran BKK sempena Aidilfitri. Ini kerana penjawat awam sebelum ini telah menikmati pelarasan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) serta BKK sebanyak RM500 pada Februari lalu.

Baca Artikel Berkaitan: Pelarasan Gaji Penjawat Awam Kumpulan Pelaksana Naik 15% & Pengurusan Tertinggi 7% – PM Anwar Ibrahim

Baca Artikel Berkaitan: Nak Beri Bonus Penjawat Awam Negeri Kena Dapat Kelulusan MOF? Ini Penjelasan MB Terengganu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kenaikan Gaji Bukan Alasan, Penjawat Awam Dinasihat Elak Tambah Pinjaman – CUEPACS

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.