
Putrajaya & Telupid Jadi Bandar Paling Bahagia Tahun 2025 Di Malaysia
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berdasarkan hasil Kajian Indeks Kebahagiaan 2025 semalam (20 Mac).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bila ditanya maksud bahagia, setiap orang mempunyai pandangan tersendiri tentang definisi kebahagiaan itu.
Ada yang berpendapat kebahagiaan sebenar adalah kasih sayang namun ada juga yang merasakan wang adalah segalanya.
Jangan tidak tahu, bukan sahaja manusia, bandar juga boleh dinilai tahap kebahagiaan mereka berdasarkan beberapa kriteria.
Putrajaya & Telupid Jadi Bandar Paling Bahagia Tahun 2025
Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Sedunia Peringkat Kebangsaan semalam (20 Mac), daerah Telupid, Sabah dan Wilayah Persekutuan Putrajaya telah dinobatkan sebagai Bandar Paling Bahagia bagi tahun 2025.
Daerah Telupid berjaya menewaskan penyandangnya iaitu Cameron Highlands, Pahang dan mendominasi anugerah itu bagi kategori Majlis Daerah.
Manakala, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya pula dinobatkan sebagai Bandar Paling Bahagia bagi kategori Majlis Bandaraya atau Perbandaran.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming semalam berdasarkan hasil Kajian Indeks Kebahagiaan 2025.
Beberapa Kawasan Lain Turut Tersenarai Sebagai Bandar Paling Bahagia
Selain Telupid dan Cameron Highlands, beberapa bandar lain turut tersenarai sebagai Bandar Paling Bahagia bagi kategori Majlis Daerah.
Antara bandar tersebut adalah:
- Kuala Lipis, Pahang
- Kuala Krai, Kelantan
- Bandar Baharu, Kedah
- Kuala Pilah, Negeri Sembilan
- Jerantut, Pahang
- Jelebu, Negeri Sembilan
Manakala, bandar lain yang tersenarai bagi kategori Majlis Bandaraya atau Perbandaran
- Bintulu, Sarawak
- Temerloh, Pahang
- Johor Bahru, Johor
- Bandaraya Diraja Klang, Selangor
- Port Dickson, Negeri Sembilan
- Jasin, Melaka
- Pontian, Johor
- Bandar Ampang Jaya, Selangor
- Bandar Batu Pahat, Johor
- Bandaraya Melaka
- Petaling Jaya, Selangor

Indeks Kebahagiaan Malaysia Tunjuk Peningkatan
Tambah Nga Kor Ming, Indeks Kebahagiaan Malaysia juga telah menunjukkan peningkatan sebanyak 5.5 mata berbanding lima tahun sebelum ini iaitu 83.34% pada tahun 2020 menjadi 88.84% pada tahun 2025.
“Saya difahamkan bagi pengukuran Indeks Kebahagiaan pada tahun ini, sebanyak 153 pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menyertai kaji selidik indeks ini,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.
Jelasnya lagi, daripada jumlah tersebut, 75% (115) bandar telah mencapai tahap bahagia manakala 25% (38) lagi mencapai sederhanan bahagia.
“Ini jelas menunjukkan peningkatan positif dalam usaha kita mewujudkan komuniti yang lebih harmoni dan inklusif,” jelasnya.
Pengukuran Bahagia Dinilai Berdasarkan Kriteria Tertentu
Menurut Nga Kor Ming, pengukuran indeks Kebahagiaan Bandar ini telah mula dilaksanakan sejak tahun 2015 melalui sistem MURNInets yang disedlia oleh KPKT melalui PLANMalaysia.
Kriteria pengukuran kebahagiaan pula adalah selaras mengikut pengukuran di peringkat dunia yang memfokuskan kepada beberapa kriteria antaranya:
- Tahap tekanan hidup
- Tahap kesihatan
- Hubungan kekeluargaan
- Kepuasan terhadap kemudahan
- Kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pemimpin setempat
“Dapatan terkini mendapati bahawa sebahagian besar bandar di Malaysia menunjukkan peningkatan dari segi indeks kebahagiaan, hasil usaha berterusan kerajaan dalam menyediakan persekitaran yang lebih kondusif,” ujarnya.
20 BANDAR PALING BAHAGIA TAHUN 2025 1. Bandar Paling Bahagia (Kategori Majlis Daerah) 🔺Bandar Lipis, Pahang; 🔺Cameron…
Posted by KPKT Malaysia on Thursday 20 March 2025
YB KM Umum 20 Bandar Paling Bahagia 2025 di Malaysia #fypシ゚ #MalaysiaMADANI
Posted by KPKT Malaysia on Thursday 20 March 2025
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Dah Lihat Banyak Bandar Namun Tiada Yang Dapat Tandingi Keindahan Putrajaya”- Tun M
Baca Artikel Berkaitan: Forest City Johor Disenaraikan Sebagai Salah Satu Projek Mega Paling ‘Tak Berguna’ Di Dunia