fbpx
Now Reading
3 Anggota Tular Lakukan Sekatan Jalan Raya Di Serdang Disiasat Polis

3 Anggota Tular Lakukan Sekatan Jalan Raya Di Serdang Disiasat Polis

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, siasatan sedang dijalankan bagi menentukan sama ada berlaku salah laku atau pelanggaran garis panduan dalam pelaksanaan sekatan jalan raya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Di zaman ini, boleh dikatakan apa sahaja insiden yang berlaku pasti ada individu mengambil kesempatan merakam dan menularkannya apatah lagi jika ia berkait dengan golongan selebriti, pempengaruh atau pihak berkuasa.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan beberapa anggota polis trafik sedang melakukan sekatan jalan raya (SJR) berhampiran persimpangan The Mines, Serdang, Selangor.

Bagaimanapun, dalam rakaman itu, apa yang mencuri perhatian ramai orang adalah tindakan seorang anggota terbabit yang didakwa melakukan perbuatan mencurigakan.

Polis siasat anggota tular lakukan ‘roadblock’ di Serdang

Terbaharu, pihak polis menjalankan siasatan dalaman terhadap tiga anggotanya yang dirakam dalam video tular terbabit.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, pihaknya menyedari video berdurasi satu minit 19 saat itu yang memaparkan tiga anggota polis trafik menjalankan sekatan jalan raya antara 12.15 hingga 1.15 tengah hari semalam (23 Mac).

Siasat jika ada salah laku atau pelanggaran garis panduan

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan bagi menentukan sama ada berlaku salah laku atau pelanggaran garis panduan dalam pelaksanaan sekatan jalan raya.

Tegas AA Anbalagan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang tidak akan berkompromi sekiranya ada pelanggaran prosedur dalam operasi berkenaan.

“Kes ini masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh mengganggu siasatan,” katanya dipetik Harian Metro.

Terdahulu, video tiga anggota polis trafik melakukan sekatan jalan raya itu telah meraih pelbagai reaksi pengguna media sosial.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.