fbpx
Now Reading
Hasil Dari Sumber Haram Tetap Haram Walaupun Berselindung Di Sebalik Perniagaan Lain – Mufti Kelantan

Hasil Dari Sumber Haram Tetap Haram Walaupun Berselindung Di Sebalik Perniagaan Lain – Mufti Kelantan

Pada masa yang sama, Mufti Kelantan turut menasihatkan pengguna agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sikap segelintir peniaga termasuk yang kononnya menggunakan cara Islamik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Pada Sabtu (22 Mac) lalu, kecoh di media sosial pendedahan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengenai kegiatan segelintir pengasas produk dan pempengaruh di negeri tersebut yang terlibat dengan pengedaran dadah serta penggubahan wang haram.

Jelas Mohd Yusoff, pendedahan itu dibuat berdasarkan beberapa tangkapan yang dilakukan malah kebanyakannya melakukan teknik sama iaitu menjalankan perniagaan bagi menyembunyikan kegiatan jenayah yang dilakukan oleh mereka.

Lebih mengejutkan, ada yang menjadi ketua sindiket dan mempunyai pasukan lengkap untuk menjalankan aktiviti terbabit antaranya seperti tempahan dan penghantaran.

Bukan hanya di Kelantan, sebenarnya ada sahaja usahawan atau influencer dari seluruh negara yang turut terlibat dalam kegiatan sebegini.

Pendedahan ini nyata mendapat perhatian ramai hingga ada yang mahu nama mereka yang terlibat didedahkan.

@mohdyusoff_ym

usahawan kelantan sebenarnya cuci duit? #ipkkelantan #kotabharu

♬ Hard News – DM Production

Allah SWT Tidak Terima Hasil Sumber Haram Dijadikan Sedekah – Mufti Kelantan

Terbaharu, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan hasil yang diperoleh daripada sumber haram walaupun berselindung di sebalik perniagaan lain tetap haram.

Malah jelas beliau, walaupun sumber itu dijadikan sedekah, ia tetap tidak akan diterima oleh Allah SWT.

Namun, sekiranya hasil itu didapati daripada sumber halal, maka statusnya adalah halal.

“Sedekah daripada sumber yang halal akan diterima oleh Allah SWT. Justeru, sebagai peniaga perlu elak daripada menjalankan perniagaan daripada sumber haram,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Mufti Kelantan Turut Nasihat Pengguna Berhati-Hati

Pada masa yang sama, beliau turut menasihatkan pengguna agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sikap segelintir peniaga termasuk yang kononnya menggunakan cara Islamik.

“Begitu juga sebagai pengguna, dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan satu-satu iklan atau promosi termasuk kononnya (produk) menggunakan kaedah Islam.

“Sebagai pengguna kita kena tabayyun atau selidik dengan cermat. Ia perlu penyelidikan dan penyiasatan terlebih dahulu sebelum kita membeli sesuatu produk,” jelasnya.

Pengguna Perlu Nilai Mengikut 3 Perkara

Tambah Mohamad Shukri, pengguna perlu membuat penilaian berdasarkan kepada tiga perkara sebelum membeli sesuatu produk. Jelas beliau, tiga perkara tersebut adalah benar, baik dan indah.

“Kita jangan terpengaruh dengan indah sahaja kerana benda itu tidak benar dan tidak baik.

“Sebagai masyarakat, kita jangan mudah terpengaruh dengan tayangan yang cuba memperlihatkan atau berselindung dengan kebaikan, tetapi sebenarnya ada keburukan,” katanya.

Malah, beliau turut menasihatkan agar masyarakat sentiasa mengambil perhatian agar tidak terperangkap dengan kegiatan tidak bermoral.

Baca Artikel Berkaitan: Rokok Haram, Nak Letak Di Bahagian Mana Terpulang – Mufti Kelantan

Baca Artikel Berkaitan: Mufti Mohon Maaf Bukan Maksud Buat Salah, Cuma Adab Bila Beza Pandangan – Mufti Kelantan

Baca Artikel Berkaitan: “Bercerai Dalam Talian Tidak Wajar” – Mufti Kelantan Ulas Isu Pasangan Bercerai Ketika Sesi Live

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.