
“Tak Adil Salahkan PBT, Mereka Buat Kerja” – MB Negeri Sembilan Ulas Isu Peniaga Petai [Video]
Sebelum ini, MB Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun telah memberikan ganti rugi kepada peniaga terbabit atas kerugian ditanggungnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan seorang peniaga petai bertindak melempar jualannya di atas sebuah kawasan jalan di Port Dickson, Negeri Sembilan selepas tidak dibenarkan berniaga oleh penguat kuasa.
Penularan video terbabit telah meraih perhatian ramai orang, di mana rata-ratanya bersimpati terhadap peniaga petai itu yang dikenali sebagai Mohd. Noor Saad tersebut selain mengkritik pihak penguat kuasa.
Pun begitu, isu berkenaan telahpun diselesaikan secara baik selepas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Ahli Parlimen Port Dickson telah memberikan ganti rugi kepada peniaga terbabit susulan kerugian ditanggungnya.
Ia bagaimanapun tidak meredakan kemarahan orang ramai apabila ada yang terus menunding jari terhadap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seolah-olah sengaja tidak berlaku adil kepada rakyat tempatan.
Tak adil jika semuanya ingin disalahkan PBT – MB Negeri Sembila
Dalam pada itu, menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mbnogori9, Aminuddin menyatakan tidak adil sekiranya hanya PBT sahaja yang dipersalahkan.
“Kenapa perlu nasihat PBT? Dah tengok belum video penuh? Jangan salahkan orang (PBT), orang buat kerja, jangan semua nak salahkan PBT, tak adil untuk salahkan PBT,” katanya ketika ditemui wartawan.
Beliau menasihati orang ramai agar melihat keseluruhan cerita yang berlaku terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman kepada sesuatu pihak yang tidak sepatutnya dihukum.
“Saya berharap bahawa kejadian yang berlaku ini dapat kita lihat daripada awal lagi dan bukan melihat di peringkat penghujungnya yang akhirnya memberi kesan juga kepada mereka yang terasa terfitnah,” katanya.
@mbnogori9 [Admin] Respon TokMin mengenai isu viral peniaga petai di Port Dickson. #pakcikpetai #DemiNogori #IniNegeriPerpaduan #aminuddinharun ♬ original sound – Aminuddin Harun – Aminuddin Harun
Peniaga petai diberi ganti rugi dan lesen sementara
Terdahulu, ganti rugi kepada peniaga petai terbabit yang diberikan Aminuddin telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr. G. Rajasekaran.
Menerusi hantaran Facebook Dr. Rajasekaran, pihaknya telah mengadakan lawatan ke rumah Mohd. Noor bagi menyelesaikan perkara itu secara baik.
“YB menyampaikan sedikit sumbangan mewakili Datuk Seri Aminuddin bagi mengganti rugi petai yang tidak dapat jual pada hari ini.
“Hasil perbincangan, pihak MPPD ( Majlis Perbandaran Port Dickson) bersetuju untuk mengeluarkan lesen sementara kepada Pak Cik Noor bagi membolehkannya menjalankan perniagaan secara sah,” ujarnya.
Semasa lawatan ke rumah Mohd. Noor, ia turut dihadiri oleh Yang di-Pertua MPPD, Hasnor Abdul Hamid, Setiausaha MPPD, Mohd. Azizul Hakim, Unit Penguat Kuasa, Unit Perlesenan serta Ahli Majis Perbandaran, A. Segaran.