
Tular Penunggang Motosikal Berhenti Tepi Jalan ‘Melambung’ Dirempuh Kereta [Video]
Menurut pemilik rakaman, penunggang motosikal itu mengalami kecederaan parah di kepala akibat rempuhan berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kemalangan melibatkan penunggang motosikal atau pemandu kereta yang berhenti di tepi jalan raya bukanlah sesuatu yang baru, bahkan ia masih lagi berlaku sehingga hari ini.
Kebiasaanya, insiden ini terjadi disebabkan pemandu atau penunggang motosikal yang sedang bergerak di atas jalan raya tidak menyedari atau gagal mengelak menyebabkan berlakunya rempuhan.
Seperti sebelum ini, tular mengenai kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal wanita merempuh lori yang berhenti di lorong kecemasan sebuah lebuh raya.
Baca Artikel Berkaitan: Jururawat Maut Terlanggar Lori Berhenti Di Selekoh Lebuh Raya
Tular lelaki melambung dirempuh kereta di lorong kecemasan
Terbaharu, tular pula di media sosial satu video yang memaparkan seorang penunggang motosikal ‘melambung’ dirempuh kereta di lorong kecemasan di bawah jejambat sebuah lebuh raya.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun Facebook Belut TV, kelihatan lelaki terbabit sedang berhenti di bawah jejambat itu bersama motosikalnya dipercayai untuk berteduh daripada hujan.
Bagaimanapun, semasa dia baru sahaja menaiki semula motosikalnya, secara tiba-tiba sebuah kereta jenis BMW berwarna putih meluru laju merempuhnya dari arah belakang.
Rakaman dikongsikan saksi kejadian, mangsa alami cedera parah di kepala
Difahamkan, pemilik rakaman yang dikenali sebagai Ijal Temasik mula berkongsi video insiden itu menerusi aplikasi perbualan WhatsApp kepada salah seorang rakannya.
Menurut Ijal, penunggang motosikal itu mengalami kecederaan parah di kepala akibat rempuhan berkenaan.
Jelasnya lagi, pemandu BMW itu pula kelihatan seperti seseorang yang berusia dalam lingkungan 40-an.
Ijal berkongsi rakaman terbabit kerana mahu pemandu kereta itu dikenakan hukuman dan penunggang yang dirempuh itu mendapat keadilan.
Pun begitu, tidak dapat dipastikan mengenai masa dan lokasi tempat kemalangan berlaku selain keadaanmangsa ketika ini.
Malah, pihak berkuasa juga buat sementara waktu ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.
Ramai kecam tindakan pemandu BMW rempuh penunggang motosikal
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu kereta terbabit yang secara tiba-tiba berada di lorong kecemasan itu dan merempuh motosikal berkenaan.
Malah, mereka berharap agar pemandu itu menerima hukuman yang setimpal atas kesalahan yang dilakukannya itu.

