fbpx
Now Reading
Tular Dakwaaan Rakyat Malaysia Disekat Masuk Ke Eropah, Kedutaan Itali & Perancis Buat Penafian [Video]

Tular Dakwaaan Rakyat Malaysia Disekat Masuk Ke Eropah, Kedutaan Itali & Perancis Buat Penafian [Video]

Dalam pada itu, Kedutaan Perancis di Malaysia turut menegaskan informasi yang terdapat pada video yang sedang tular di media sosial itu adalah palsu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kedutaan Itali dan Perancis di Malaysia hari ini (25 Mac) menafikan dakwaan tular kononnya rakyat Malaysia kini disekat dari memasuki kedua-dua negara dan Kesatuan Eropah.

Kedutaan Itali menerusi satu kenyataan berkata, laporan dakwaan yang tular itu adalah tidak berasas sama sekali.

Tambahnya, tiada perubahan mengenai prosedur kemasukan bagi rakyat Malaysia ke negara itu selain mereka turut mengalu-alukan kedatangan rakyat Malaysia ke sana.

“Kami dengan hormatnya menggalakkan semua pihak untuk merujuk saluran komunikasi rasmi, seperti laman web Kedutaan dan Kementerian Luar Negeri Itali, untuk maklumat yang tepat dan boleh dipercayai.”

Informasi tular adalah palsu – Kedutaan Perancis

Dalam pada itu, Kedutaan Perancis di Malaysia turut menegaskan informasi yang terdapat pada video yang sedang tular di media sosial adalah palsu.

“Tiada sekatan atau larangan ke atas rakyat Malaysia untuk melawat Perancis dan Kesatuan Eropah.

“Beberapa video telah tersebar di media sosial dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menyebut penyasaran sekatan visa melibatkan rakyat Malaysia di beberapa negara, termasuk Perancis dan Kesatuan Eropah.

“Khususnya, satu video menunjukkan bahawa negara Eropah tertentu telah memutuskan untuk mengehadkan tempoh melawat rakyat Malaysia kepada 7 hari dan bukannya 90 hari yang dibenarkan oleh visa Schengen.”

Tegasnya lagi, di bawah kod visa EU, warganegara Malaysia dikecualikan daripada visa kemasukan jangka pendek di seluruh kawasan Schengen.

“Oleh itu, mereka (rakyat Malaysia) boleh memasuki wilayah Eropah selama 90 hari dalam tempoh 180 hari.”


Kenyataan tersebut dikongsikan Wisma Putra di laman Facebook.

Terdahulu tular di akaun YouTube Weird Global video bertajuk “10 countries SHOCKING Malaysians with new Travel BANS (2025)” mendakwa 10 negara kini melarang dan menyekat kemasukan pengembara dari Malaysia.

Lebih mengejutkan, video tersebut mendakwa seorang blogger makanan dari Pulau Pinang “ditahan” ketika menaiki Gongola di Venice, Itali.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.