fbpx
Now Reading
Anggota Tentera Maut Selepas Diarah Buat ‘Commando Rest’ & Tekan Tubi Sebelum Sahur

Anggota Tentera Maut Selepas Diarah Buat ‘Commando Rest’ & Tekan Tubi Sebelum Sahur

Anggota tentera berusia 21 tahun berasal dari Puchong, Selangor yang disyaki menjadi mangsa ‘ragging’ itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Hospital Miri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Kejadian buli atau dera bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia, sifat tidak berperikemanusiaan ini telahpun wujud sejak dahulu lagi.

Perkara sebegini bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan atau dinormalisasikan dalam masyarakat di negara ini.

Hal ini kerana tindakan membuli atau mendera ini boleh menyebabkan seseorang mengalami trauma, kecacatan kekal dan lebih parah lagi sehingga meragut nyawa.

Anggota tentera maut didakwa didera senior

Seperti baru-baru ini, seorang anggota tentera di sebuah kem di Miri dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan dalaman selepas didakwa ‘didera’ senior pada awal pagi Isnin lalu (24 Mac).

Anggota berusia 21 tahun berasal dari Puchong, Selangor itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Hospital Miri.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengesahkan kejadian itu, namun tiada butiran lanjut mengenai penahanan anggota senior berkenaan yang dilakukan bagi tujuan siasatan.

Mangsa diarah lakukan ‘commando rest’ dan tekan tubi sebelum sahur

Memetik laporan Berita Harian, pada jam 2.15 pagi hari kejadian, mangsa yang sedang tidur di berek bujang kem berkenaan dikejutkan dua anggota senior untuk bersahur.

Namun sebelum bersahur dia disyaki di ‘ragging’ apabila dua anggota senior terbabit mengarahkannya melakukan ‘commando rest’ (pacak kepala di lantai, tangan ke belakang) selama dua minit dan tekan tubi sebanyak 20 kali.

Mangsa yang berpeluh kemudian berdiri, namun terus pitam dan kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada seorang anggota berpangkat Koperal yang juga ketua bilik bujang di berek berkenaan.

Ketua bilik bujang itu menghantar anggota ke Hospital Miri, namun mangsa disahkan meninggal dunia jam 3.05 pagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.