fbpx
Now Reading
Lelaki Warga Asing Dicekup, Disyaki Intip Anak Tiri Mandi

Lelaki Warga Asing Dicekup, Disyaki Intip Anak Tiri Mandi

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, kejadian lelaki warga asing mengintip remaja perempuan mandi itu berlaku kira-kira pukul 2.30 petang Ahad lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Baru-baru ini, tular video kekecohan berlaku antara seorang lelaki dipercayai warga asing bersama beberapa rakyat tempatan di halaman sebuah rumah.

Dalam video yang berdurasi 58 saat itu, lelaki warga asing terbabit didakwa ‘kantoi’ mengintai seorang remaja perempuan yang sedang mandi.

Dia kemudiannya yang berada dalam keadaan takut setelah dicekup dan diajukan pelbagai soalan akhirnya mengakui kesalahan itu.

Suspek disyaki intip remaja perempuan mandi sudah ditahan

Terbaharu, pihak polis mengesahkan bahawa lelaki warga asing yang berusia 35 tahun itu sudah ditahan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, suspek disyaki mengintip remaja perempuan yang sedang mandi di sebuah rumah di Gombak pada Ahad lalu (23 Mac).

Menerusi kenyataan yang dimuat naik semalam (26 Mac), Noor Arifin berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.30 petang dan laporan polis telah dibuat oleh mangsa, seorang remaja perempuan tempatan berusia 19 tahun.

Lebih mengejutkan, mangsa sebenarnya merupakan anak tiri kepada suspek.

“Mangsa memaklumkan ketika sedang mandi di tandas rumahnya, dia ternampak sebuah telefon bimbit di atas dinding penghadang tandas. Remaja itu mengesyaki bapa tirinya yang merakam gambarnya,” katanya.

Suspek terus kena tahan selepas terima laporan daripada mangsa

Menurutnya, bertindak atas laporan, pihak polis dengan segera menahan suspek sekitar jam 3 petang hari yang sama.

“Suspek kini direman selama empat hari bermula Isnin hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Nik Nor Aqeela Nik Abdullah di talian 019-9260203 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.