fbpx
Now Reading
Ini Tips Memilih Aksesori Untuk Penunggang Motosikal. Baru Bergaya & Selamat!

Ini Tips Memilih Aksesori Untuk Penunggang Motosikal. Baru Bergaya & Selamat!

Bergaya sahaja tidak cukup jika aksesori yang digunakan itu tidak dapat menjaminkan keselamatan kepada penunggang. Oleh itu, sebagai rider anda perlu buat pilihan yang bijak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggunaan kenderaan dua roda seperti motosikal bukan suatu perkara yang asing lagi bagi rakyat Malaysia. Ramai yang menggunakannya kerana ia lebih menjimatkan perbelanjaan dan masa berbanding dengan kereta.

Jika sudah ada motor kita pasti akan mula membeli barangan aksesorinya pula, tidak kisahlah sama ada anda memiliki motosikal berkuasa tinggi atau rendah faktor keselamatan harus diutamakan.

Oleh itu, kami nak kongsikan dengan anda tips pemilihan aksesori motor yang bukan sahaja bergaya malah memenuhi ciri keselamatan yang boleh anda beli.

#1 Pemilihan kasut

Penggunaan kasut adalah sangat penting jika anda merupakan seorang rider kerana ia dapat melindungi kaki anda sekiranya berlaku kemalangan di jalan raya.

Kasut bagaimana yang perlu anda gunakan ketika ride?

Foto: Freepik

Pemilihan kasut ini sebenarnya bergantung kepada keselesaan anda, sebagai contoh penggunan kasut seperti boot dapat memberikan keselesaan pada pergerakan kaki terutama jika anda membawa motosikal yang berat.

Namun, jika anda memilih untuk memakai kasut jenis ‘Sneakers’ atau ‘Skate Shoes’ ini juga tidak menjadikan masalah, tetapi kekurangannya ialah ia berpotensi untuk lebih cepat terkoyak jika anda adalah seorang rider yang membawa motor berkuasa tinggi atau berat.

Apa yang lebih penting adalah elakkan memakai selipar atau kasut bertumit tinggi kerana kedua-dua jenis kasut ini mungkin akan menyebabkan kaki anda berisiko kepada kecederaan atau lebih teruk lagi mungkin akan mengundang kepada kemalangan.

#2 Pemilihan Seluar

Jika kita perasan kebanyakan rider yang membawa motosikal berkuasa tinggi akan menggunakan satu set pakaian ketika menunggang motor.

Ini kerana, pakaian itu telah direka khas dimana ia dapat melindungi para rider jika terjatuh di atas jalan. Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kemungkinan daripada badan anda mengalami luka atau kecederaan yang tak diingini.

Pakaian ini juga telah dipakai sejak dari zaman ‘chopper rider’ lagi, dimana mereka lebih suka untuk memakai seluar jeans yang tebal kerana jika berlaku kemalangan seluar yang dipakai itu tidak mudah terkoyak dan risiko kecederaan adalah kurang.

Namun, pada zaman kini terdapat satu teknologi terbaharu di mana seluar itu direka dengan mempunyai lapisan yang dipanggil ‘Kevlar Jeans’ di mana ia mempunyai fungi yang sama dengan seluar yang dipakai oleh rider pada zaman dahulu.

#3 Pemilihan jaket

Jaket adalah antara aksesori yang diperlukan oleh seorang rider, tapi jaket macam mana yang sesuai untuk kegunaan rider?

Antara jenis jaket yang boleh dipilih adalah padding jaket dimana anda boleh meletakkan padding pada bahagian dalam jaket berkenaan.

Kebiasaanya jaket yang mempunyai padding ini disukai oleh para wanita atau isteri kerana jika berlaku kemalangan seperti terseret risiko untuk tercedera adalah rendah.

Namun, jika anda seorang yang lebih bergerak secara santai dan tidak laju anda juga boleh memilih jaket menggunakan ciri seperti ketebalan jaket, poket serta beberapa ciri keselamatan yang lain.

#4 Beg

Beg merupakan salah satu aksesori penting kerana jika tersalah menggunakan beg habislah barang peribadi anda.

Oleh itu, anda disarankan untuk menggunakan beg kalis air kerana ia berfungsi untuk melindungi barang peribadi anda.

Terdapat beberapa jenama beg kalis air yang dijual pada harga yang berpatutan sebagai contoh ‘Hyper Gear’ atau ‘Kriega’.

Jika berminat anda boleh membuat perbandingan, tapi diingatkan untuk berhati-hati kerana terdapat juga beberapa orang yang tidak bertanggungjawab dengan menjual beg berjenama yang palsu.

#5 Topi keledar (Helmet)

Foto: Freepik

Topi keledar merupakan aspek paling penting dari segi keselamatan, bagi pemilihan topi keledar anda disarankan untuk pergi ke kedai dan rasai sendiri topi keledar yang mana satu memberikan keselesaan kepada anda.

Ini kerana, pemilihan topi keledar yang salah akan membuatkan anda rasa tidak selesa untuk menunggang pada jarak yang jauh dan lama.

Selain itu, anda juga boleh meletakkan aksesori seperti ‘Bluetooth Intercom’ dimana anda boleh menjawab panggilan atau mendengar lagu tanpa perlu mengeluarkan telefon bimbit anda ketika sedang menunggan motor.

Jadi selepas ini anda bolehlah gunakan beberapa tips untuk pemilihan aksesori ini. Jangan lupa untuk kongsikan dengan para riders yang lain kerana ini mungkin dapat membantu mereka dalam memilih aksesori yang bukan sahaja bergaya tetapi selamat.

Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh tonton video di bawah:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.