fbpx
Now Reading
Jalan Naik Genting Highlands Tak Berlubang & Dijaga Dengan Baik. Ini Sebabnya

Jalan Naik Genting Highlands Tak Berlubang & Dijaga Dengan Baik. Ini Sebabnya

Kalau tak percaya, tanyalah kawan-kawan atau keluarga korang yang selalu naik Genting Highlands!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lain orang, lain cara ‘healing’.

Ada yang suka makan, baca buku, tidur, keluar bersiar bawa kereta dan motor untuk ambil angin bagi menghilangkan kusut di kepala. Itupun salah satu cara yang boleh dikatakan mujarab.

Hilang jugalah serabut seketika dek kerja hakiki yang melambung.


Mana Port Best Untuk ‘Healing’? 

Kalau tanya soalan ini, mesti ramai yang jawab kawasan tinggi dan sejuk. Mana lagi kalau bukan Genting Highlands, kan? Jalan untuk naik ke Genting pun sangat menenangkan walaupun tinggi! Smooth dan rata je.

Mungkin korang tak perasan, tapi memang jarang tayar kereta / motor terpaksa lalu jalan yang tak diturap dengan baik. Lubang atas jalan memang tiada ya!

Sebab itulah korang akan perasan ada signage ‘Jalan Persendirian’ ataupun dalam bahasa Inggerisnya ‘Private Road’ masa korang nak naik Genting. Ha apa maksudnya tu?


Genting Ada Team Tersendiri Untuk Kerja-kerja ‘Maintenance’

Baru-baru ini, ada satu video di Instagram menunjukkan yang pihak Genting Malaysia Group memiliki team tersendiri untuk menyelenggara laluan kenderaan di Genting sepanjang hampir 20 kilometer. Jadi, kami yang memiliki perasan ingin tahu (curious cat) ini cubalah sendiri untuk mengetahui sejauh mana fakta yang diperkatakan itu.

Dan kami mendapat tahu bahawa pihak Genting sebenarnya menjalankan kerja-kerja maintenance ini secara berkala atau lebih tepatnya mingguan (weekly basis).

Setiap minggu mereka akan check kalau-kalau ada pothole (lubang) atau jalan tak rata, mereka akan terus patch (tampal) untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pemandu yang akan naik ke Genting.

Bukan tu je tau, team penyelenggaraan ini juga akan sentiasa memantau sama ada jalan yang dilalui itu stabil ataupun tidak untuk digunakan oleh pengguna jalan raya.

Kalau ada benda yang tak kena, diorang akan tutup jalan itu untuk sementara waktu bagi proses baik pulih. Sebab itulah korang tak pernah nampak jalan rosak ataupun berlubang bila naik Genting.

P/s: Jabatan Kerja Raya (JKR) atau syarikat penyelenggaraan lebuh raya tempatan taknak contohi apa yang Genting Malaysia Group buat ke? 😀


Cabaran Untuk Pekerja Pembaik Pulih Adalah Cuaca

Setiap kerja ada cabaran tersendiri. Bagi mereka yang bekerja sebagai pembaik pulih jalan raya ini semestinya bermain dengan cuaca yang tidak menentu. Bila di Genting pula, mestilah selalu hujan, berkabus, panas terik dan sebagainya bersilih ganti.

Orang putih kata, ‘unpredictable weather’.

Tapi disebabkan itulah tugas hakiki mereka iaitu menyelenggara jalan di Genting Highlands, jadi kenalah lakukan juga walaupun banyak cabaran serta halangan. Antara cabaran lain pula adalah team mereka ini rupanya terpaksa memanjat untuk tujuan pemeriksaan tau! Contohnya masuk dalam karbon paip (pipe carbon) dalam keadaan berbongkok dan merangkak.

Dan paling seram, kadangkala bila ada keperluan untuk masuk hutan, terjumpa pula dengan binatang liar. Alamak! 😳


Emergency Escape Ramp Antara Ciri Paling Function di Genting Highlands!

Korang tahu tak, jalan di Genting ini sebenarnya telah menyediakan Emergency Escape Ramp untuk kenderaan yang mengalami ‘brake failure’ atau kegagalan brek?

Ha, ini part paling menarik sebenarnya sebab selama ini masa bawa kereta / motor naik Genting tak perasan pun kan apa papan tanda di sekeliling? Kali ini kita akan kongsi sedikit ilmu untuk korang.

Mesti ada yang ‘clueless’ lagi kan benda apa Emergency Escape Ramp ni?

Ha, dalam bahasa mudahnya, Emergency Escape Ramp (Susur Kecemasan) ini wujud untuk memastikan kenderaan yang tak boleh brek dengan betul (brake failure) untuk soft landing di kawasan tersebut.

Jadi pendek kata, jalan untuk menaiki Genting Highlands ini telah diselenggara dengan baik pada setiap minggu dan mereka memiliki team yang siap sedia selama 24 jam.

Menarik, kan? Dapat healing naik Genting Highlands, dapat ilmu baru. 😀

Dah, kami tak nak cerita panjang. Kalau korang nak tahu lebih, boleh tengok terus video viral kat bawah ni:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.