fbpx
Now Reading
Muhyiddin Yakin Bakal Peroleh Sokongan Mencukupi Untuk Jadi PM Ke-10

Muhyiddin Yakin Bakal Peroleh Sokongan Mencukupi Untuk Jadi PM Ke-10

Muhyiddin meluahkan rasa keyakinan bahawa beliau akan memperoleh bilangan sokongan yang mencukupi daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Seri Datuk Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan rasmi hari ini (20 November) memberitahu bahawa beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional pada petang tadi.

Mengulas lanjut, beliau juga melaporkan kepada MT PN bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan Tan Seri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Gopeng yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada pagi tadi berhubung pembetukan Kerajaan Persekutuan selepas PRU15.

“Beliau telah memaklumkan kesediaan Ahli-ahli Dewan Rakyat GPS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10. Beberapa orang Ahli Dewan Rakyat lain juga telah memberikan komitmen yang sama,” jelasnya.

Muhyiddin dalam masa yang sama meluahkan rasa keyakinan bahawa beliau akan memperoleh bilangan sokongan yang mencukupi daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan beliau dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10, sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembangaan Persekutuan.

Untuk rekod, semalam (19 November) PRU15 telah berjalan dengan lancar di mana jutaan rakyat Malaysia dilihat ‘turun padang’ untuk membuang undi di kawasan/negeri masing-masing. Proses pengiraan kertas undi untuk PRU15 ini juga dilaporkan tamat selepas pengundian di lokasi terakhir iaitu Kota Marudu, Sabah.

Dengan keputusan tersebut akhirnya terjawab persoalan tentang pemilihan rakyat Malaysia dengan sejarah sekali lagi berulang di mana Barisan Nasional (BN) buat kali kedua berturut-turut ditolak oleh majoriti rakyat. Manakala saingan sengit di antara Pakatan Harapan (PH) yang memiliki 76 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dengan 73 kerusi terus menjadi perdebatan sehingga saat ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.