fbpx
Now Reading
Nicol David Dinobatkan Atlet Terhebat Sepanjang Zaman

Nicol David Dinobatkan Atlet Terhebat Sepanjang Zaman

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Menepati ramalan ramai, lagenda skuasy negara, Datuk Nicol David hari ini sah dinobatkan Anugerah Atlet Terhebat Sepanjang Zaman Sukan Dunia, (Greatest Athlete of All Time).

Beliau dinobatkan anugerah tersebut selepas berjaya mendapat undian sebanyak 318,943.

Pemegang takhta pemain nombor satu dunia skuasy selama sembilan tahun atau 109 bulan itu berjaya meninggalkan pesaingnya, lagenda tarik tali Ireland, James Kehoe jauh di belakang yang sekadar meraih 113,120 undian.

Keputusan ini nyata mencatatkan satu lagi ulagi sejarah baru buat sukan negara dan kepada Nicol sendiri

Tempat ketiga pula dimenangi, atlet powerlifting dari Ukraine, Larysa Soloviova yang berjaya meraih undian sebanyak 80,790 undian.

Penganjuran anugerah berprestij oleh Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA) ini bertujuan memilih atlet tebaik sepanjang zaman yang pernah beraksi dalam mana-mana edisi sukan dunia.

Ianya mula diadakan buat pertama kalinya di Amerika Syarikat pada tahun 1981.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.