fbpx
Now Reading
N’Golo Kanté Sempat Pekena Nasi Lemak Sebelum Berlepas Ke Porto Untuk Final UCL

N’Golo Kanté Sempat Pekena Nasi Lemak Sebelum Berlepas Ke Porto Untuk Final UCL

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat para peminat bola sepak antarabangsa, mungkin anda kenal dengan N’Golo Kanté, pemain bola sepak pasukan Chelsea dan juga pasukan kebangsaan Perancis. 

Namanya memang begitu dikenali selain sikapnya yang sangat merendah diri.

‘N Kante makan Nasi Lemak Kosong dan Ayam Masak Merah’

Baru-baru ini, tular di media sosial Kanté telah berkunjung ke sebuah restoran makanan Malaysia di London, United Kingdom untuk menikmati juadah Nasi Lemak.

Menerusi kapsyen yang ditulis restoran ‘Tukdin Flavors of Malaysia”, pemain bola berusia 30 tahun itu menikmati Nasi Lemak Kosong dan Ayam Masak Merah sebelum terbang bersama skuad Chelsea untuk perlawanan akhir UEFA Champions League di Porto pada hari Ahad ini.

“N Kanté menikmati Nasi Lemak Kosong dan Ayam Masak Merah sebelum berlepas untuk perlawanan akhir Champions League. Semoga berjaya.”

Sebagai info tambahan, pasukan Chelsea berjaya mara ke pusingan akhir UEFA Champions League selepas menjuarai acara yang sama pada tahun 2013. 

Foto: The New York Times

Kami memang tak sabar nak menyaksikan final UCL musim ini. Agak-agaknya siapa yang bakal merangkul gelaran juara?

Foto Kredit: IG N’Golo Kanté

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.